Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Pay Kini Sokong Kad Kredit Bank Muamalat, Ini Cara Guna

Posted on Mei 4, 2024Mei 4, 2024

Bank Muamalat baru-baru ini mengumumkan pengguna kad kredit Visa boleh menggunakan Google Pay untuk pembayaran.

{suggest}

Antara jenis kad kredit Bank Muamalat yang layak untuk sokongan Google Pay termasuk BMMB Visa Platinum-i, BMBB Visa Infinite-i, Pos Malaysia Visa Platinum-i dan Pos Malaysia Visa Infinite-i.

Menurut Bank Muamalat, setiap kad boleh ditambah pada lebih satu peranti dan sehingga 10 peranti.

Cara tambah kad kredit Bank Muamalat di Google Pay

Google Pay merupakan platform dompet digital dan sistem pembayaran dalam talian yang tersedia melalui aplikasi Google Wallet. Untuk menggunakan Google Pay, peranti perlu menjalankan Android 5.0 dan menyokong NFC. 

  1. Buka atau muat turun aplikasi Google Wallet di Google Play Store.
  2. Pilih “Payment Card” dan masukkan butiran kad. Kemudian, sahkan alamat pengebilan.
  3. Terima terma dan syarat, serta lengkapkan proses pengesahan.
  4. Selesai.

Perlu diketahui, proses pengaktifan adalah serta merta atau mungkin mengambil masa beberapa minit. Namun, dalam sesetengah kes, Bank Muamalat menyatakan ia mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk kad diaktifkan sepenuhnya dan sedia untuk digunakan dengan Google Pay.

Cara guna

Untuk membuat pembayaran dalam kedai, hanya perlu buka peranti dan tap/dekatkan pada mesin pembayaran (seperti kad yang menyokong PayWave). Untuk pembayaran dalam talian, pilih Google Pay sebagai kaedah pembayaran.

Sekiranya menghadapi sebarang masalah, pengguna boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500.

Sumber: Bank Muamalat (1,2)

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress