Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rakyat Malaysia Ke UK Perlu Mohon ETA Mulai Januari 2025

Rakyat Malaysia Ke UK Perlu Mohon ETA Mulai Januari 2025

Diterbitkan September 12, 2024 · Dikemas kini September 12, 2024 oleh Amalina Athman

Mulai 8 Januari 2025, rakyat Malaysia yang melancong atau transit di United Kingdom perlu mendapatkan Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA), iaitu langkah yang ditetapkan untuk memudahkan kemasukan bagi pelawat jangka pendek.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur berkata ETA adalah kebenaran digital untuk perjalanan bagi pelawat yang pada masa ini tidak memerlukan visa untuk penginapan singkat, atau yang belum mempunyai status imigresen UK sebelum memulakan perjalanan.

Menerusi permohonan ETA yang berharga £10 (~RM56.50), ia akan membenarkan perjalanan ke UK untuk penginapan sehingga enam bulan pada satu masa selama dua tahun atau sehingga pasport pemegangnya tamat tempoh – yang mana lebih awal.

Suruhanjaya tinggi itu berkata pengenalan ETA ke seluruh dunia, termasuk Malaysia, adalah selaras dengan pendekatan yang telah diambil oleh banyak negara lain (seperti AS dan Australia) untuk mengukuhkan keselamatan sempadan.

Jelasnya, ETA bukanlah visa UK dan rakyat Malaysia yang akan tinggal di UK selama lebih enam bulan (contohnya untuk belajar atau bekerja) masih dikehendaki memohon visa yang berkaitan, di mana individu yang mempunyai visa UK yang sah tidak memerlukan ETA.

Pengembara Malaysia boleh membuat permohonan lebih awal mulai 27 November 2024 melalui aplikasi ETA UK atau portal rasmi GOV.UK. Semua permohonan diuruskan oleh Visa & Imigresen UK.

Suruhanjaya Tinggi British berkata proses permohonan adalah cepat dan mudah, pemohon biasanya mendapat keputusan dalam masa tiga hari bekerja atau lebih cepat jika menggunakan aplikasi ETA UK.

https://www.facebook.com/bhckl/videos/495569083452355

Berkaitan

  • Lapangan Terbang Changi Kini Guna Laluan Imigresen Automatik Untuk Semua Pelawat
  • Mudahkan Proses Pemeriksaan Imigresen, MyTRIP Kini Tersedia Di Aplikasi MySejahtera
  • Pelaksanaan Pasport 10 Tahun Dalam Fasa Akhir
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Euro News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY