Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
automated gate singapore

Lapangan Terbang Changi Kini Guna Laluan Imigresen Automatik Untuk Semua Pelawat

Diterbitkan Mei 20, 2024 ยท Dikemas kini Mei 20, 2024 oleh Amalina Athman

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura baru-baru ini mengumumkan bahawa semua pelawat asing yang tiba di Lapangan Terbang Changi kini boleh menggunakan laluan automatik untuk pelepasan imigresen.

Berkaitan

  • Singapura Perkenal Pelepasan Pemeriksaan Imigresen Tanpa Pasport Mulai 2024
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Bermula Mei 2024, semua pelawat asing – termasuk kali pertama – boleh menggunakan laluan itu tanpa memerlukan pendaftaran terlebih dahulu semasa ketibaan. Pelepasan imigresen akan menggunakan iris dan biometrik wajah sebagai pengecam utama dan sekiranya tidak berjaya, cap jari akan digunakan sebagai pengecam biometrik sekunder.

Walau bagaimanapun, Kad Ketibaan SG masih perlu diserahkan sebelum ketibaan di Singapura.

Selain itu, pelawat asing yang telah menggunakan laluan automatik semasa ketibaan juga boleh menggunakan laluan automatik apabila berlepas dari Lapangan Terbang Changi.

Lapangan Terbang Changi Kini Guna Laluan Imigresen Automatik Untuk Semua Pelawat
Lapangan Terbang Changi Kini Guna Laluan Imigresen Automatik Untuk Semua Pelawat

 

Sebelum ini, hanya warga Singapura dan pemegang pasport dari 60 negara layak menggunakan lorong automatik semasa pelepasan imigresen dan ketibaan di Lapangan Terbang Changi.

Menjelang akhir 2024, semua pelancong yang berlepas dan warga Singapura yang tiba boleh melalui pelepasan imigresen tanpa sentuhan di Lapangan Terbang Changi, Lapangan Terbang Seletar dan Pusat Pelayaran Marina Bay Singapura (MBCCS) – tidak perlu mengemukakan pasport mereka di lorong automatik.

Sebagai sebahagian daripada Konsep Pelepasan Baharu (NCC), inisiatif itu dijangka dapat mengurangkan masa saringan imigresen sekitar 40%.

Sumber: Changi Airport

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY