Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rider grab foodpanda

‘Rider’ Foodpanda, GrabFood Rancang Lancar Mogok Esok, Makanan Dan Barang Mungkin Sampai Lambat

Diterbitkan Ogos 4, 2022 · Dikemas kini Ogos 4, 2022 oleh ariff bukhari

Rakan penghantar gig termasuklah Lalamove, grab food, Shopee Food,  EASI, Borzo, Sama-Sama Lokal, Misi Rakyat dan airasia food mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan mogok pada 5 Ogos 2022, hari Jumaat (esok).

Dalam poster yang tular di platfom-platfom media sosial hari ini, tanda pagar #naikkanfare, #grabsembelihrider, #fpsembelihrider dimuatkan dalam poster.

Malah tanda pagar #24jamoff, #24hourofshift dan #offsehari menandakan bahawa rakan penghantar gig itu tidak akan menjalankan operasi mereka untuk tempoh sepanjang hari esok.

penghantar mogok

Berdasarkan tanda pagar dalam poster itu juga menunjukkan, mogok yang dilancarkan ini mungkin sebagai tanda tidak puas hati para penghantar gig terhadap kadar bayaran yang diterima mereka.

Berkaitan

  • 5 Barang Mesti Beli Untuk Rider Foodpanda, GrabFood, dan Sewaktu Dengannya
  • Pembayaran SPayLater Kini Patuh Syariah
  • Ini Cara Mohon 'Refund' Untuk Kad TNG Dan MyKad

Ekoran itu, rata-rata pengguna media sosial mencadangkan kepada para pelanggan untuk tidak membuat tempahan makanan atau penghantaran barang sepanjang hari esok.

Ini kerana dikhuatiri makanan atau barangan yang hendak dihantar atau diterima akan lambat sampai atau lebih teruk dibatalkan.

https://twitter.com/tengnak/status/1555018842577195008?s=20&t=FnJaI8K76iB4VaegxHyrmw

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY