Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spaylater

Pembayaran SPayLater Kini Patuh Syariah

Diterbitkan Julai 5, 2022 · Dikemas kini Julai 6, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Mufti WP sebelum ini pernah mengeluarkan hukum bahawa hukum pelan ansuran (buy now, pay later) melalui SPayLater ialah haram kerana ia melibatkan riba.

Ia kerana Shopee mengenakan caj 1.5% sebulan jika pembeli lewat membayar.

Bagaimanapun untuk pembayaran sekaligus atau one-off sebulan, ia dibolehkan kerana tidak ada caj lebihan.

Kini, Shopee memberitahu bahawa pelan ansuran (BNPL) SPayLater mereka telah mendapat pengiktirafan patuh syariah daripada sebuah firma berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

splaylater amani advisor

Antara perubahannya ialah jika pembeli lewat bayar, mereka tidak akan dikenakan caj seperti sebelum ini namun sebaliknya akaun SPayLater mereka akan dibekukan.

Jika mahu terus menggunakan SPayLater, mereka perlu membayar caj lewat sebanyak RM10.

Selain itu, penstrukturan patuh syariah ini juga memperlihatkan kenaikan yuran pemprosesan daripada 1.25% ke 1.5% sebulan.

Sebelum patuh syariah:

Tidak patuh syariah

Patuh syariah:

spaylater patuh syariah

Dengan pengiktirafan ini, bermakna individu beragama Islam dapat menikmatinya tanpa ragu-ragu soal hukum di sisi agama.

Jadi, apa yang penting sekarang ialah kemampuan kewangan masing-masing.

Sumber: Shopee, Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY