Kini ramai yang membuat kerja sambilan ataupun kerja sepenuh masa menjadi rider penghantar makanan. Waktu kerja adalah fleksibel dan boleh mendatangkan keuntungan pada masa lapang. Bak kata pepatah “bolehlah daripada takda apa”. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk menjadi rider penghantar makanan, anda mungkin akan memerlukan 5 barang ini.
Waterproof Phone Holder
Kita mulakan senarai ini dengan barang yang bukan tech, tetapi akan melindungi tech anda. Ini adalah barang wajib yang perlu ada pada setiap rider iaitu waterproof phone holder (beli di Shopee). Phone holder ini membolehkan para rider untuk menggunakan fungsi navigasi dengan lebih mudah. Tetapi sebaiknya anda pilih yang siap ada casing kalis air. Jadi, jika anda hendak menghantar makanan semasa cuaca hujan, tiada masalah.
Action Cam
Sebagai seorang penunggang motosikal, sudah pasti risiko di atas jalan raya adalah tinggi. Lebih baik jika anda mempunyai sebiji action camera bagi mengumpulkan bukti jika ada berlakunya kemalangan, ataupun jika anda ingin mencipta kandungan untuk YouTube. Untuk versi bajet, saya sarankan jenama Akaso iaitu Akaso V50X (beli di Shopee). Kualitinya sudah pasti tidak setanding GoPro, namun harganya jauh lebih menjimatkan dan tidak kurang kualitinya. Rasa selamat sedikit bila nak ride sepenuh masa.
Powerbank
Powerbank mungkin kurang digunakan lagi untuk kita yang bekerja di pejabat, namun untuk seorang rider ia memang diperlukan. Lagi-lagi apabila fungsi navigation sentiasa digunakan, bateri telefon akan cepat habis. Jika ada plug untuk cas telefon pun, ia akan memakan masa kerana rider perlu bergerak ke sana ke sini. Jadi, powerbank (beli di Shopee) memang diperlukan untuk seorang rider penghantar makanan. Lebih baik jika anda beli powerbank yang ada reputasi, dan menawarkan ciri pengecasan pantas.
Bluetooth Mikrofon+Speaker Helmet (Intercom)
Pernahkah anda menjawab panggilan semasa menunggang motor? Susah bukan? Siap ada yang selit telefon dalam helmet, kalau terjatuh telefon itu, tak ke jadi satu hal? Oleh itu, anda boleh menggunakan helmet bluetooth microphone+speaker (beli di Shopee), ataupun dikenali sebagai intercom. Ia boleh berhubung terus melalui telefon anda dengan menggunakan bluetooth. Anda boleh menggunakan mikrofon itu untuk menjawab panggilan semasa penghantaran makanan.
Selain itu, speaker ini membenarkan anda untuk mendengar muzik sambil menunggang motor, tetapi masih peka dengan bunyi kawasan sekeliling. Saya tidak sarankan untuk anda menggunakan fon telinga tws yang ada fungsi noise cancellation kerana ia berbahaya, lebih baik anda menggunakan speaker khas untuk helmet motor seperti intercom ini. Nak pakai buat pergi konvoi pun boleh.
Electric Portable Air Pump
Apabila berada di atas jalan raya, kita perlu ambil tahu tentang tekanan angin di dalam tayar kenderaan kita. Sebagai rider penghantar makanan, tayar yang kurang angin adalah perkara yang mahu dielakkan. Oleh itu anda boleh membeli electric portable air pump (beli di shopee) bagi memudahkan proses penambahan angin tayar anda. Tidak perlu kelam kabut nak cari stesen minyak kan?
Sebagai konklusi, 5 produk ini akan memudahkan anda untuk membuat penghantaran makanan, sekaligus akan membuat anda berasa lebih selamat apabila berada di atas jalan raya. Saya nasihatkan agar anda sentiasa peka untuk membuka signal apabila ingin membelok dan peka dengan lampu isyarat. Jangan tergopoh-gopoh mengejar masa untuk menghantar makanan, utamakan keselamatan anda.
Ingat, ada yang menunggu di rumah iaitu keluarga kita.
Baca juga:
- Boost Kini Hadir Dengan ‘Boost Makan’ – Platform Pesan Makanan Baharu
- 5 Fakta Menarik Tentang Proton Malaysia Yang Mungkin Anda Tak Pernah Dengar
- Saintis Beri Amaran, Kanibalisme Mungkin Tidak Dapat Dielakkan