Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Umum Snapdragon 750G – Cip 5G Dengan Prestasi AI Dipertingkatkan

Qualcomm Umum Snapdragon 750G – Cip 5G Dengan Prestasi AI Dipertingkatkan

Diterbitkan September 22, 2020 · Dikemas kini September 22, 2020 oleh Amalina Athman

Qualcomm pada hujung bulan lalu telah memperkenalkan Snapdragon 732G. Kini, Qualcomm mengumumkan cip Snapdragon 750G dengan prestasi lebih baik berbanding Snapdragon 730G.

Cip dengan proses 8nm mempunyai sokongan rangkaian 5G menerusi modem Snapdragon X52 yang juga menyokong mmWave dan sub-6 GHz, mod SA dan NSA serta lain-lain.

Qualcomm Umum Snapdragon 750G – Cip 5G Dengan Prestasi AI Dipertingkatkan

Snapdragon 750G hadir dengan CPU Kryo 570 yang mempunyai peningkatan prestasi 20% dengan kelajuan boleh mencapai sehingga 2.2GHz. Dengan sokongan GPU Adreno 619, ia menawarkan peningkatan prestasi GPU sehingga 10% berbanding Snapdragon 730G.

Ia turut mempunyai sokongan Qualcomm AI Engine gen-5 dengan 20% peningkatan prestasi AI berbanding Snapdragon 730G.

snapdragon 750G

Lain-lain ciri adalah seperti dimuatkan dengan True HDR, menyokong panel 120Hz serta Snapdragon Elite Gaming untuk memberikan pengalaman memainkan permainan mudah alih dengan lebih baik.

Dalam pada itu, Qualcomm turut menyatakan telefon pertama dengan janaan cip Snapdragon 750G akan tersedia pada hujung tahun ini, dimana telefon Xiaomi akan menjadi antara terawal yang diperkenal dengan janaan cip tersebut.

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY