Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Umum Cip Snapdragon 732G, Bakal Diperkenal Pada POCO Yang Akan Datang

Qualcomm Umum Cip Snapdragon 732G, Bakal Diperkenal Pada POCO Yang Akan Datang

Diterbitkan September 1, 2020 · Dikemas kini September 1, 2020 oleh Amalina Athman

Qualcomm kini mengumumkan Snapdragon 732G sebagai cip pemproses terbaru untuk peranti kelas pertengahan. Masih menggunakan cip 8nm, ia merupakan penambahbaikan dari cip 730G.

Snapdragon 732G hadir dengan CPU 2 teras Kryo 470 yang boleh mencapai kelajuan sehingga 2.3GHz berbanding 2.2GHz pada 730G. Dengan sokongan GPU Adreno 618, ia menawarkan peningkatan prestasi GPU sehingga 15%.

Snapdragon 732G

Sebagai penambahan bagi peningkatan prestasi, ia turut menyokong Snapdragon Elite Gaming untuk memberikan pengalaman memainkan permainan mudah alih dengan lebih baik. Selebihnya adalah sama sahaja seperti 730G dimana ia menawarkan sambungan Wi-Fi 6 dan 4G.

Dalam pada itu, Qualcomm turut menyatakan telefon POCO akan menjadi antara terawal yang diperkenal dengan janaan cip Snapdragon 732G. Peranti ini dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY