Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon X Series

Qualcomm Perkenal Cip Komputer Snapdragon X Series

Diterbitkan Oktober 11, 2023 ยท Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Qualcomm hari ini mengumumkan nama baharu untuk cip komputer riba dan PC, iaitu Snapdragon X Series.

Berkaitan

  • Snapdragon 8 Gen 3 Akan Diperkenal Pada Oktober
  • Snapdragon 8 Gen 3 Dilapor Hadir Dalam Variasi 3nm dan 4nm

Platform Snapdragon X akan menggunakan CPU Qualcomm Oryon, yang mana dibangunkan dengan teknologi cip yang diperoleh apabila ia mengambil alih Nuvia pada 2021. Diasaskan oleh bekas pereka cip Apple, Nuvia mereka bentuk cip berasaskan seni bina Arm, yang dijangka membawa prestasi komputer dengan kuasa dan kecekapan lebih baik.

Sama seperti cip Snapdragon 8cx, Snapdragon X juga akan menawarkan pemprosesan AI dan sambungan 5G pada komputer riba.

Introducing the brand new #Snapdragon X Series. Learn more: https://t.co/NOgiutc9Zu pic.twitter.com/79zx4guGkX

— Snapdragon (@Snapdragon) October 10, 2023

Dijangka akan tersedia pada 2024, Snapdragon X mungkin dapat menandingi keupayaan cip siri-M Apple yang mula diperkenal pada 2020. Sekali gus dapat memberikan perubahan besar untuk pengguna Windows.

Buat masa ini, tidak banyak yang didedahkan dan ia lebih tertumpu kepada penjenamaan baharu untuk platform itu. Qualcomm menyatakan lebih banyak perincian mengenai siri Snapdragon X akan dikongsikan melalui acara Snapdragon Summit pada hujung bulan ini.

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY