Snapdragon 8 Gen 3 Dilapor Hadir Dalam Variasi 3nm dan 4nm

Pada 2022, Snapdragon 8 Gen 1 dihasilkan melalui nod pemprosesan 4nm Samsung dan cip siri Snapdragon 8 Gen seterusnya pula dihasilkan menggunakan teknologi 4nm TSMC.

Langkah ini terbukti berjaya apabila Snapdragon 8+ Gen 1 30% lebih cekap dan tiada masalah cepat panas. Kini, dengan kemunculan Apple A17 Pro 3nm, ramai mengagak bahawa Snapdragon 8 Gen 3 akan hadir dengan teknologi yang sama juga.

Snapdragon 8 Gen 3 Hadir Dalam 2 Variasi?


Berdasarkan dokumen yang didakwa daripada Qualcomm sendiri, dan diterbitkan oleh gamma0burst, Snapdragon 8 Gen 3 dikatakan hadir dalam 2 variasi - 4nm dan 3nm.



Dokumen tersebut mendedahkan kedua-dua variasi tersebut dilengkapi teras utama Cortex-X4, teras prestasi Cortex-A720 dan Cortex-A520 untuk teras efisien.

Yang membezakan adalah Snapdragon 8 Gen 3 variasi pertama menggunakan nod pemprosesan 4nm TSMC. Manakala, variasi kedua pula menggunakan nod pemprosesan N3E (enhanced) TSMC.

Setakat ini, hanya 2 peranti dalam dunia yang menggunakan nod pemprosesan 3nm TSMC itu - iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max.

Mungkin Snapdragon 8 Gen 3 Dan 8+ Gen 3


Saya berpendapat bahawa kehadiran 2 variasi untuk cip pengganti Snapdragon 8 Gen 2 ini adalah benar belaka. Tidak mustahil bahawa variasi yang menggunakan teknologi 4nm TSMC itu adalah cip Snapdragon 8 Gen 3 yang standard.



Sementara itu, Snapdragon 8+ Gen 3 yang lebih berkuasa pula dihasilkan melalui teknologi terkini 3nm TSMC.

Qualcomm dijangka memperkenalkan cip Snapdragon 8 Gen 3 ini dalam acara Snapdragon Summit yang akan berlangsung di Hawaii pada 24 Oktober depan.

{suggest}

Sumber: Phonearena

Gambar utama: Phonearena