Sebelum ini sudah tertirisnya spesifikasi mengenai Snapdragon 710 dan Snapdragon 730, dan kali ini, timbul pula Snapdragon 720.
Difahamkan kewujudan Snapdragon 720 adalah untuk merapatkan jurang antara Snapdragon 710 serta Snapdragon 730.
Bayangan kehadiran Snapdragon 720 mula ditemui pada tweet oleh @MMDJ/. Akaun ini sering tampil dengan bocoran tetapi tweet kali ini cukup ringkas, "SDM720".
SDM720
— 萌萌的电教 (@MMDDJ_) July 17, 2018
Buat masa sekarang, khabar angin hanya bermain pada nama model cip sahaja sementara spesifikasi teknikal masih belum dapat dipastikan.
Berdasarkan cakap-cakap dari pemerhati, Snapdragon 720 mungkin memiliki ciri NPU sama seperti Snapdragon 730 dan dibangunkan pada senibina sama seperti Snapdragon 710 iaitu 10nm tetapi dengan kelajuan yang dipertingkatkan.
Snapdragon 710 sudah dilengkapkan pada peranti Mi 8 SE, manakala Snapdragon 730 masih belum ditawarkan pada mana-mana peranti.
Sumber: Wccftech
Berkaitan
- Kementerian Pendidikan Tinggi Sedang Bangunkan Garis Panduan Penggunaan ChatGPT
- Youtube Bawakan Ciri Mesej Dalam Aplikasi Untuk Kemaskini Terbaru Mereka
- Empat Perbezaan Antara Mi A1 dan Mi 5X Yang Perlu Anda Tahu
- Imej Ini Menggambarkan Peranti Boleh Lipat Motorola Razr Beserta Kotak Bungkusan
- Astro Family Pack Dan Broadband 30Mbps Boleh Dilanggan Pada Harga RM99 Sebulan
- Antutu Senaraikan 10 Telefon Pintar Terbaik Bagi Bulan Jun 2018
- SKMM: Sokongan Dan Kerjasama Kerajaan Negeri Kritikal Untuk Perluaskan Akses Jalur Lebar Kepada Rakyat
- Huawei Mohon Tanda Dagang "Harmony", Dikatakan Untuk Sistem Operasi Telefon Pintar Serta Komputer
- Indonesia Pertama, Malaysia Ketiga Kes Phishing Di Asia Tenggara Sepanjang 2022 - Kaspersky
- Instagram Sedang Menguji Ciri Baru