Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Sahkan Mereka Sedang Memohon Lesen Untuk Bekalkan Cip Kepada Huawei

Qualcomm Sahkan Mereka Sedang Memohon Lesen Untuk Bekalkan Cip Kepada Huawei

Diterbitkan November 5, 2020 oleh Meor Hasyim

Syarikat-syarikat di Amerika yang mahu berurus niaga dengan Huawei memerlukan lesen khas perniagaan disebabkan sekatan perdagangan. Semenjak itu, semakin banyak syarikat yang telah memohon lesen ini seperti Samsung Display, Sony, dan juga Omnivision.

Terbaharu, salah satu pengeluar cip terbesar dunia, Qualcomm kini dilaporkan sedang memohon lesen yang sama untuk membekalkan cip kepada Huawei.

Walau bagaimanapun, setakat ini proses permohonan lesen tersebut belum lagi diperkenankan ketika artikel ditulis.

Walaupun Huawei mempunyai cip Kirin mereka tersendiri, mereka juga sudah mesra dengan penawaran telefon dengan cip dari Qualcomm terutamanya dari kelas pertengahan.

Sebelum ini telah dilaporkan kerajaan Amerika tidak mempunyai masalah untuk memberikan lesen kepada mana-mana syarikat untuk berurus niaga dengan Huawei asalkan ia bukanlah dari jenis bisnes yang membuatkan Huawei membekalkan kelengkapan 5G kepada syarikat Amerika.

Sumber: Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY