Qualcomm Bakal Lancar Telefon Gaming Sendiri

Qualcomm dijadualkan akan mengadakan acara Qualcomm Tech Summit pada 1-2 Disember 2020. Melalui acara ini, Qualcomm dijangka akan memperkenalkan cip Snapdragon 875.

telefon gaming qualcomm

Kini, pembuat cip itu dilaporkan dalam perancangan untuk melancarkan telefon gaming sendiri sebelum hujung tahun ini. Menurut DigiTimes,

“Qualcomm reportedly will team up with Asustek Computer to develop and launch its own-brand gaming smartphones at the end of 2020 at the earliest, according to industry sources.”

Dalam erti kata lain, Qualcomm akan bekerjasama dengan Asus untuk menghasilkan telefon gaming ini. Juga, ia mungkin hadir seawal hujung tahun 2020. Bagaimanapun, perincian lebih lanjut mengenai perkara ini masih belum diketahui.

Kemungkinan telefon gaming ini akan dimuatkan cip Snapdragon 875. Namun, dijangkakan lebih banyak maklumat akan diketahui tidak lama lagi.

Sumber: DigiTimes via GizmoChina