Perbadanan Putrajaya hari ini memaklumkan telah memulakan projek perintis lintasan pejalan kaki berteknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kesedaran keselamatan lalulintas, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.
Sistem ini direka untuk mengesan pelbagai kesalahan lalulintas seperti pejalan kaki yang melintas ketika lampu merah atau di luar lintasan khas, serta kenderaan yang melanggar lampu isyarat.
Apa yang menarik, sistem ini mampu memberikan maklum balas segera melalui audio dan visual setiap kali kesalahan dikesan, sekali gus berfungsi sebagai peringatan agar pejalan kaki lebih berhati-hati.
Inisiatif ini bukan sahaja mendidik masyarakat tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya, malah membantu membentuk komuniti yang lebih prihatin terhadap keselamatan bersama.
Perbadanan Putrajaya menegaskan bahawa sistem ini akan dapat membantu menjadikan Putrajaya sebuah bandar yang selamat untuk semua.
{suggest}
