Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PUBG peta baru

PUBG Mobile Versi 3.7 Hadir Dengan Peta Terbesar Dan Elemen Permainan Serba Baharu

Diterbitkan Mac 17, 2025 · Dikemas kini Mac 17, 2025 oleh Amsyar Latif

PUBG MOBILE memperkenalkan peta baharu Rondo dalam kemas kini Versi 3.7, menawarkan peta terbesar setakat ini dengan saiz 8×8 km.

Rondo menggabungkan elemen tradisional dan moden dengan lokasi menarik seperti Jadena City yang penuh neon, hutan buluh, tasik yang tenang, serta kawasan ikonik seperti Stadium, Rin Jiang, dan Tin Long Garden.

Peta ini juga membawa mekanik permainan baharu, termasuk Zon EMP yang menyekat peralatan elektronik, Advanced Markets dengan item bernilai tinggi, serta laluan pejalan kaki bergerak dan eskalator untuk pergerakan pantas.

Selain itu, elemen Destructible Bamboo dan sangkar burung interaktif menambah elemen strategi unik.

Dengan senjata baharu seperti JS9 SMG, Pickaxe, dan Stun Gun, serta kenderaan baharu Pico Bus dan Blanc SUV, Rondo menjanjikan pengalaman pertempuran yang lebih mendebarkan.

Kemas kini PUBG MOBILE Versi 3.7 tersedia sehingga 6 Mei – muat turun sekarang di App Store dan Google Play Store.

Berkaitan

  • TikTok Dilihat Sedang Uji Ciri Seakan 'Circle to Search' Tapi Lebih Maju, Begini Fungsinya
  • Hotlink Perkenal Pelan Prabayar Internet Tanpa Had - Pas Bulanan Serendah RM25

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY