Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PUBG MOBILE Super League SEA Kini Kembali Dengan Format Baharu

PUBG MOBILE Super League SEA Kini Kembali Dengan Format Baharu

Diterbitkan Februari 25, 2025 ยท Dikemas kini Februari 25, 2025 oleh Amsyar Latif

PUBG MOBILE Super League SEA (PMSL SEA) kembali untuk musim Bunga 2025 dari 26 Februari hingga 9 Mac dengan hadiah keseluruhan USD200,000 (~RM884,000). Liga ini akan menyaksikan 24 pasukan bertanding di Kuala Lumpur, Malaysia, setiap Rabu hingga Ahad. 16 pasukan terbaik akan mara ke Grand Final pada 14-16 Mac bersama penonton secara langsung.

Format & Perubahan Baharu

PMSL SEA Spring 2025 menampilkan TECNO sebagai Rakan Kongsi Telefon Pintar Rasmi serta format kejohanan baharu.

PMSL format 1
PMSL format 2
PMSL format 3

24 pasukan dibahagikan kepada tiga kumpulan, di mana hanya 16 pasukan terbaik setiap minggu akan layak ke Super Weekend.

Pada minggu kedua Super Weekend, SMASH RULE diperkenalkan.

Sabtu minggu kedua akan menentukan Match Point (+10 mata dari pasukan nombor 1). Pasukan pertama mencapai Match Point dan WWCD (Winner Winner Chicken Dinner) selepas Ahad akan meraih League Points maksimum untuk minggu tersebut.

Kelayakan & Pasukan Bertanding

Format baharu ini turut memperkukuh laluan kelayakan dengan PMNC tempatan kini menawarkan lebih banyak slot kepada pasukan amatur untuk layak ke PMSL SEA. Juara PMSL SEA akan mendapat slot tambahan untuk pasukan dari negara mereka ke musim depan. VPE Thailand, juara PMSL SEA Fall 2024, telah melayakkan TEM Entertainment musim ini.

PMSL Team List

Pasukan yang bertanding kali ini termasuk HOMEBOIS, Team Secret, eARENA, MGN VIKINGS ESPORTS, BOOM eSports, serta juara bertahan VPE. Pasukan PMNC yang layak pula terdiri daripada KAGENDRA, ENAM SEMBILAN Esports, MAQNA ESPORTS CLUB, NEW ERA, TEAM FLASH, STRANGERS Esports, dan OsjaTH.

PMSL SEA 2025 dijangka penuh aksi dengan pertempuran sengit antara pasukan elit dan pendatang baharu.

Berkaitan

  • Shargeek 140 Dan SHARGE Pouch Tersedia Di Malaysia, Harga RM899
  • Peranti Android Kini Boleh Terima Sokongan Kemas Kini Sehingga 8 Tahun
  • Kajian Dedah Yang 'Gamer' Kini Luang Masa Lebih Singkat Bermain 'Game'

Sumber: Siaran media PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY