Kepada semua pemilik PlayStation, saya yakin rata-rata tengah berasa kecewa, sedih dan mungkin ada yang marah. Ini kerana sudah masuk 9 Februari jam 12:55 tengah malam (setakat artikel ini ditulis), servis PlayStation Network (PSN) masih lagi mengalami masalah dan gangguan atau erti kata lain ‘down’.
Masalah ini bermula sejak awal pagi semalam dan berlarutan sehingga sekarang. Bukan hanya di Malaysia tetapi satu dunia menghadapinya. Agak kecoh juga di media sosial (sekiranya anda dalam komuniti ini).
Berdasarkan kiriman yang dimuat naik oleh PlayStation di platform X melalui @AskPlayStation, mereka sedar perkara tersebut dan selepas daripada itu, tiada lagi apa-apa kemas kini yang dibuat.
https://x.com/AskPlayStation/status/1888041723831484682
Di laman https://status.playstation.com/, kesemua masih memaparkan servis masih mengalami masalah. Namun, ada beberapa pengguna yang mengatakan mereka boleh bermain ‘online’ dan belum ‘tertendang keluar’ lagi.
Dalam percubaan saya, pada awalnya aplikasi PlayStation boleh log masuk dan digunakan tetapi ia bersifat sementara sahaja.
Bagi permainan pula, ada beberapa permainan daripada katalog PS+ Extra yang sudah dipasang ke konsol seperti EAFC 24 boleh dimainkan. Walau bagaimanapun, permainan Death Stranding tidak boleh dan ia memaparkan yang pengesahan lesen tidak dapat dilakukan kerana tiada sambungan ke pelayan.
Sekiranya saya mahu menebus permainan bulanan PS+ percuma juga tidak boleh. Mengakses trophy pun sama.
Pada konsol, ia memberitahu yang Sony sedang melakukan penyelenggaraan PSN. Namun, tidak diberitahu sampai bila.
Dengan dunia permainan sekarang yang semakin hari sudah ke arah digital, perkara sebegini amat ditakuti para gamer.
Sehingga kini, Sony masih berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi terhadap ‘masalah global’ itu. Apa tindakan dan jawapan Sony selepas ini?
Adakah mereka berani untuk memberi ganti rugi kepada masa berharga gamer? Lebih-lebih lagi masalah ini terjadi pada hari minggu di mana waktu gamer ada masa untuk bermain.
artikel ini anda tidak akan baca sekiranya saya sedang bermain game. Namun, ia akan dikemas kini apabila isu ini selesai
{suggest}