Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS5 new 2023_3

PS5 Baharu Dengan 1TB Storan Akan Dijual Pada Harga Bermula RM2,069

Diterbitkan Oktober 17, 2023 oleh Amalina Athman

Pada minggu lalu, Sony telah mengumumkan PlayStation 5 (PS5) baharu dengan pemacu cakera boleh tanggal dan 1TB storan. Ia hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan berbanding model sedia ada.

Kini, Sony mengeluarkan senarai harga jualan bagi kedua-dua model PS5 baharu untuk pasaran Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Berkaitan

  • Sony PlayStation Portal Hanya Sekadar Aksesori Premium PS5
  • Sony Umum PS5 Baharu - Lebih 'Slim', Pemacu Cakera Boleh Tanggal

Di Malaysia, PS5 dengan pemacu cakera Ultra HD Blu-ray akan dijual pada harga RM2,499. Sementara PS5 Digital Edition berharga RM2,069.

PS5 new 2023

Bagi PS5 Digital Edition, pengguna juga boleh menambah pemacu cakera Ultra HD Blu-ray yang dijual berasingan pada harga RM529. Vertical Stand, yang juga dijual berasingan, berharga RM149.

PS5 new 2023_2

Dari segi ketersediaan, model PS5 baharu akan dijual bermula November 2023 untuk pasaran Amerika, kemudian akan dilancarkan untuk pasaran global dalam beberapa bulan akan datang.

  • Beli produk Sony di Shopee: https://invl.io/clk2wmn
  • Beli produk Sony di Lazada: https://invol.co/clk2wmr

Sumber: PlayStation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY