Sony secara rasmi kini mengumumkan model PlayStation 5 (PS5) baharu dengan pemacu cakera boleh tanggal dan 1TB storan dalaman.
{suggest}
PS5 baharu mempunyai pengurangan volume (isi padu) melebihi 30%, serta berat yang dikurangkan sebanyak 18% dan 24% berbanding model sedia ada.
Sony tidak menamakan konsol ini sebagai PS5 Slim, sebaliknya hanya dipanggil model PS5 baharu. Berkemungkinan kerana tiada perubahan ketara dari segi ketebalannya.
Selain itu, kedua-dua konsol kini hadir dengan dua port USB-C di bahagian hadapan, berbanding model semasa dengan port USB-C dan USB-A tunggal. ‘Stand’ atau pendiri horizontal akan disertakan sekali, manakala Vertical Stand dijual secara berasingan.
Bagi pembelian PS5 Digital Edition, pengguna boleh menambah pemacu cakera Ultra HD Blu-Ray kemudian, yang juga dijual berasingan.
Model baharu PS5 akan tersedia bermula November 2023 di pasaran Amerika Syarikat. Dalam beberapa bulan berikutnya, ia akan tersedia untuk pasaran global.
Sony memaklumkan sebaik sahaja stok model PS5 sedia ada habis dijual, PS5 baharu akan menjadi satu-satunya model yang tersedia.
Untuk pasaran AS, model baharu PS5 dan PS5 Digital Edition masing-masing berharga $499.99 (~RM2,364) dan $449.99 (~RM2,128). Bagi pasaran Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Sony belum lagi mengeluarkan senarai harga.
- Beli produk Sony di Shopee: https://invl.io/clk15io
- Beli produk Sony di Lazada: https://invol.co/clk15ip
Sumber: PlayStation