Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton e.Mas 7 PHEV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Dibuka Untuk Tempahan – Harga Anggaran Dari RM110,000

Diterbitkan Januari 13, 2026 · Dikemas kini Januari 13, 2026 oleh Amalina Athman

Proton New Energy Technology (PRO-NET) kini membuka tempahan untuk Proton e.Mas 7 PHEV dengan yuran serendah RM99.

Model ini menandakan langkah penting buat Proton menerusi pengenalan model Plus-In Hybrid Electric Vehicle (PHEV) pertamanya. Ia juga menjadi Kenderaan Elektrik Dwi-Kuasa pertama untuk pasaran Malaysia.

Proton e.Mas 7 PHEV_001

Menurut PRO-NET, harga anggaran Proton e.Mas 7 PHEV dijangka bermula sekitar RM110,000 hingga RM130,000. Lima pilihan warna yang ditawarkan termasuk Aquamarine Blue, Galena Grey, Obsidian Black, Lithium White dan Mercury Silver.

Proton e.Mas 7 PHEV_01
Proton e.Mas 7 PHEV_9
Proton e.Mas 7 PHEV_02

Prestasi dwi-kuasa

Dikuasakan teknologi PHEV terkini, Proton e.MAS 7 PHEV menawarkan gabungan pemanduan elektrik sebagai keutamaan dengan fleksibiliti hibrid, menjadikannya EV dwi-kuasa pertama yang direka untuk jalan raya Malaysia.

Daripada pengurusan sumber kuasa, penukaran automatik antara mod EV dan hibrid, sistem transmisi hibrid khusus 11-dalam-1, sehinggalah bateri LFP (Lithium Ferro Phosphate), e.MAS 7 PHEV menyeimbangkan praktikaliti dan prestasi.

Proton e.Mas 7 PHEV_05

Untuk kegunaan harian, Proton e.MAS 7 PHEV beroperasi dalam mod EV atau siri hibrid, di mana enjin petrol tidak memacu roda secara terus. Sebaliknya, ia berfungsi membekalkan tenaga kepada motor P1 untuk mengecas bateri atau mengalirkan elektrik kepada motor P3 yang memacu roda.

Proton e.Mas 7 PHEV_03
Proton e.Mas 7 PHEV_3
Proton e.Mas 7 PHEV_4
Proton e.Mas 7 PHEV_7
Proton e.Mas 7 PHEV_8

 

Apabila enjin petrol berada pada tahap kecekapan lebih tinggi, seperti ketika pemanduan di lebuh raya atau mendaki cerun panjang, sistem akan mengaktifkan klac secara automatik bagi membolehkan enjin memacu roda secara terus atau bekerjasama dengan motor P3.

Tempahan dibuka

Proton e.Mas 7 PHEV_06

Tempahan Proton e.MAS 7 PHEV kini dibuka kepada orang ramai. Pelanggan boleh mendaftar minat melalui laman rasmi Proton e.MAS atau membuat tempahan secara terus di bilik pameran Proton e.MAS yang sah di seluruh negara dengan yuran tempahan serendah RM99, termasuk

PRO-NET turut menawarkan rebat yuran tempahan bernilai RM500 kepada 5,000 pelanggan terawal yang berjaya mendaftar Proton e.MAS 7 PHEV.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY