Promosi Tahun baru Cina Untuk Peranti Samsung Galaxy

Samsung harini melalui laman sesawang rasmi mereka telah menawarkan promosi sehingga RM 600 untuk peranti telefon pintar mereka. Promosi ini akan berlanjutan sehingga 15 Febuari, sehari sebelum Tahun Baru Cina.

Antara peranti telefon pintar yang ditawarkan adalah Galaxy S8+ pada harga RM 3,099 dari harga asal RM 3,699. Galaxy S8 pula pada harga 2,699 dari RM 3,299, Galaxy J7+ pada harga RM1,099 turun dari harga asal RM 1,299 dan akhir sekali Galaxy J7 Pro pada harga RM 999 dari harga asal RM 1,099.



Promosi ini hanya untuk model yang terpilih sahaja dan boleh didapati di pengedar sah Samsung sehingga tempoh promosi tamat pada 15 Febuari ini. Promosi juga sah sehingga stok masih ada.

Samsung juga memberi diskaun sebanyak RM 388 dalam bentuk e-voucher kepada mereka yang mendapatkan peranti Samsung dari Senheng dan juga senQ. Promosi ini juga terhad untuk 6,945 pelanggan pertama.

E-voucher ini walaubagaimana pun hanya boleh digunakan untuk membeli produk Samsung lain seperti tablet, wearables, TV dan juga perkakasan rumah.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Samsung.com.my untuk keterangan lanjut.