Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Produk Baharu Apple Sah Bakal Diumumkan Minggu Ini

Produk Baharu Apple Sah Bakal Diumumkan Minggu Ini

Diterbitkan Mac 4, 2025 · Dikemas kini Mac 4, 2025 oleh Amalina Athman

CEO Apple Tim Cook kini mengacah tentang pengumuman produk baharu yang akan berlangsung minggu ini.

Dalam hantaran di X, Cook berkongsi sebuah video pendek dengan teks, “There’s something in the air” disertai kapsyen ringkas “Minggu ini”.

This week. pic.twitter.com/uXqQaGNkSk

— Tim Cook (@tim_cook) March 3, 2025

Cook tidak menyatakan secara khusus peranti yang akan dilancarkan, namun besar kemungkinan ia merujuk kepada MacBook Air dengan cip M4 – yang mana telah dijangka akan diumumkan seawal minggu ini.

Tambahan pula, Apple pernah menggunakan slogan yang sama ketika memperkenalkan MacBook Air pertama pada tahun 2008.

(Before the original MacBook Air announcement in 2008) https://t.co/ZxN36MTtzm pic.twitter.com/mKXreR7kG4

— Mark Gurman (@markgurman) March 3, 2025

Dari segi spesifikasi, model MacBook Air 13-inci dan 15-inci baharu dijangka hadir dengan port Thunderbolt 4, kamera Center Stage, jangka hayat bateri lebih lama serta beberapa naik taraf lain.

Walaupun MacBook Air dijangka menjadi keutamaan untuk pelancaran kali ini, Mark Gurman dari Bloomberg menyatakan bahawa tidak mustahil sekiranya Apple akan membuat pengumuman serentak bagi iPad Air dan MacBook Air, terutamanya kerana stok iPad Air kini dalam keadaan yang sangat terhad.

Hearing Apple is planning for the press briefings this week to be over an hour long. “We basically don’t have any iPad Airs in stock,” – from one retail source just now, and since echoed by several more. https://t.co/8cBs7iwX45

— Mark Gurman (@markgurman) March 3, 2025

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi yang dijangka akan dibuat melalui siaran akhbar di laman Apple Newsroom, berserta kemungkinan video pengenalan produk tersebut di YouTube.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Skrin MacBook Pro M4 Diam-Diam Dinaik Taraf, Ini Sebab Baru Sekarang Apple Gunakannya
  • Apple Sahkan iPhone 15 Pro Juga Akan Sokong Visual Intelligence
  • Apple Dijangka Umum MacBook Air M4 Seawal Minggu Ini

Sumber: Tim Cook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY