Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Visual Intelligence

Apple Sahkan iPhone 15 Pro Juga Akan Sokong Visual Intelligence

Diterbitkan Februari 21, 2025 · Dikemas kini Februari 21, 2025 oleh Amalina Athman

Menerusi pelancaran iPhone 16e, Apple telah mengumumkan sokongan Visual Intelligence pada peranti itu walaupun tanpa butang Camera Control.

Kini, Apple mengesahkan bahawa ciri itu akan turut ditawarkan untuk iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max melalui kemas kini perisian akan datang.

Bagi yang belum tahu, Visual Intelligence merupakan ciri dalam Apple Intelligence yang membolehkan pengguna menggunakan kamera untuk mendapatkan maklumat tentang tempat dan objek di sekeliling mereka.

Ia juga boleh meringkaskan dan membaca teks dengan kuat, menterjemah teks, menambah acara ke aplikasi Calendar, mengenal pasti tumbuhan, membuat carian di Google, bertanya kepada ChatGPT dan banyak lagi.

Pada semua model iPhone 16, Visual Intelligence boleh diaktifkan melalui butang Camera Control. Sebelum ini, ramai yang menyangka bahawa butang Camera Control diperlukan untuk mengaktifkan ciri Visual Intelligence, menyebabkan ia tidak ditawarkan pada kedua-dua model iPhone 15 Pro itu.

Namun, segalanya berubah apabila iPhone 16e yang tidak mempunyai butang tersebut, turut menyokong ciri itu. Sebaliknya, Visual Intelligence boleh ditetapkan melalui Action Button peranti atau diaktifkan melalui Control Center.

Action Button_iphone 16e
Action Button iPhone 16e

Apple tidak mengesahkan sama ada kemas kini yang dimaksudkan ialah iOS 18.4. Mengambil kira iPhone 16e akan mula dijual pada 28 Februari, iOS 18.4 berkemungkinan besar menjadi kemas kini yang membawa Visual Intelligence ke iPhone 15 Pro.

Berkaitan

  • Ini Ciri Baharu Apple Intelligence Dalam iOS 18.2
  • iOS 18.3 Kini Tersedia, Ini Yang Baharu
  • Dengan Kehadiran iPhone 16e, Ini Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu

Sumber: MacRumors

Gambar utama: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY