Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton e.Mas 5

PRO-NET Akan Perkenal Stesen Pengecasan Berjenama e.MAS – Pemilik e.MAS Bakal Nikmati Kadar Istimewa

Diterbitkan Ogos 19, 2026 · Dikemas kini Ogos 19, 2026 oleh Amalina Athman

Proton e.MAS akan memperluas kemudahan pengecasan EV di Malaysia menerusi kerjasama dengan tiga pengendali titik pengecasan (CPO), iaitu DC Handal, JomCharge dan chargEV.

Menerusi kerjasama strategik itu, PRO-NET akan memperkenalkan stesen pengecasan berjenama Proton e.MAS di lokasi-lokasi awam strategik di seluruh negara. Pelaksanaannya dijadualkan bermula pada suku ketiga 2026, bermula di lokasi tumpuan sebelum diperluaskan ke lebih banyak kawasan.

Menariknya, pemilik Proton e.MAS yang mengecas di stesen yang terlibat boleh menikmati kadar pengecasan istimewa sekiranya membuat bayaran melalui aplikasi Proton e.MAS. Bagaimanapun, PRO-NET setakat ini belum mendedahkan kadar atau bentuk tawaran khusus yang akan diberikan.

PRO-NET Jalin Kerjasama Strategik dengan CPO Utama bagi Stesen Pengecasan Berjenama Proton e.MAS_
Foto: PRO-NET

Kerjasama tersebut turut melibatkan inisiatif penjenamaan dan pemasaran di kemudahan pengecasan EV yang terlibat, selain menyokong peluasan infrastruktur pengecasan serta meningkatkan pengalaman pengecasan bagi pemilik Proton e.MAS.

Ketika ini, pemilik e.MAS boleh mengakses lebih 4,700 titik pengecasan melalui aplikasi Proton e.MAS, yang meliputi lebih 90% kawasan di Malaysia. Peta Pengecasan Langsung juga tersedia dalam kenderaan e.MAS bagi membantu pengguna mencari kemudahan pengecasan.

PRO-NET berkata kadar pengecasan dan pengaturan khusus akan dipersetujui bersama dengan CPO yang terlibat.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Selesaikan Isu Pemandu Kondo, Proton e.MAS Sedia 1,500 Pengecas EV Pada Kadar RM0.63/kWh
  • Proton e.MAS Dominasi Pasaran NEV Tempatan – Rekod 321% Pertumbuhan Bantu Proton Catat Prestasi Terbaik Dalam 15 Tahun
  • PRO-NET Iktiraf Kumpulan Pertama 37 Juruteknik e.MAS Dengan Pensijilan Tahap 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY