Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo a2 pro

Prestasi Bateri Teruk? OPPO Bagi Jaminan Tukar Bateri Percuma Selama 4 Tahun

Diterbitkan September 14, 2023 oleh Amsyar Latif

Bagi pengguna Android, tahap kesihatan bateri mungkin bukan masalah utama kerana kapasiti sudah cukup besar. Malah, kelajuan mengecas pun cukup pantas. Namun, bateri tetap bateri, kapasitinya lambat laun akan berkurang juga.

Disebabkan itu, OPPO tampil dengan penyelesaian kepada pengguna apabila mereka menjanjikan untuk menawarkan jaminan selama 4 tahun bagi penukaran bateri.

Prestasi Bateri Teruk? OPPO Bagi Jaminan Tukar Bateri Percuma Selama 4 Tahun

Perkara ini dilaporkan oleh peniris terkenal, DigitalChatStation tetapi nampaknya OPPO sendiri mengesahkan maklumat tersebut menerusi akaun rasmi Weibo.

oppo a2 pro

Bagaimanapun, jaminan bateri selama 4 tahun itu dilihat bermula untuk peranti terbaru mereka kelak; OPPO A2 Pro yang mana bakal dilancarkan pada 15 September ini.

Bahkan, belum pasti lagi adakah jaminan sebegini bakal ditawarkan buat semua peranti OPPO terbaru dan adakah tersedia secara global atau ia hanya terhad di China sahaja. Akan tetapi, apa salahnya jika OPPO membuat perkara sama nanti.

Sumber: sparrownews, oppo

Berkaitan

  • Ini 11 Peranti OPPO Yang Disahkan Bakal Terima Android 14
  • (Ulasan) OPPO Reno10 Pro+ - Tak Sangka Ini Siri Reno
  • OPPO Find N3 Flip Rasmi - Telefon Flip Pertama Dengan 3 Kamera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY