Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
predator triton neo 16

Predator Triton Neo 16 Dilancar, Komputer Riba ‘Gaming’ Berharga RM9,999

Diterbitkan Jun 13, 2024 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia hari ini memperkenalkan Predator Triton Neo 16 baharu, komputer riba berkuasa yang dilengkapi dengan pemproses Intel Core terkini, GPU komputer riba NVIDIA GeForce RTX 4070 dan paparan Calman Verified yang meliputi gamut warna 100% DCI-P3.

Sesuai untuk pencipta kandungan dan profesional yang mencari komputer riba serba boleh untuk kerja dan permainan.

Predator Triton Neo 16 Dilancar, Komputer Riba ‘Gaming’ Berharga RM9,999
Predator Triton Neo 16 Dilancar, Komputer Riba ‘Gaming’ Berharga RM9,999
Predator Triton Neo 16 Dilancar, Komputer Riba ‘Gaming’ Berharga RM9,999

Predator Triton Neo 16 dikuasakan pemproses Intel Core Ultra 9 185H dan GPU komputer riba NVIDIA GeForce RTX 4070 dengan kuasa maksimum 255W dalam kerangka nipis 18.82mm dan berat hanya 2.05kg sahaja.

Malah ia juga dilengkapi paparan 16″ 3.2K Calman Verified  dalam nisbah bidang 16:10 dengan kadar segar 165Hz yang memberikan warna sebenar 100% DCI-P3.

Predator Triton Neo 16 Dilancar, Komputer Riba ‘Gaming’ Berharga RM9,999
Komputer riba ini padat dengan pelbagai sambungan peranti.

Tersedia serta-merta di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada dan penjual  sah Acer di seluruh negara, komputer riba permainan Predator Triton Neo 16 ini dijual pada harga RM9,999.

Untuk meraikan pelancaran, Acer Malaysia memberi ganjaran kepada pelanggan yang membeli Predator Triton Neo 16 sebelum 25 Jun 2024 dengan  bagasi Acer Melbourne 20” bernilai RM999.

Predator Triton Neo 16 Dilancar, Komputer Riba ‘Gaming’ Berharga RM9,999

Pelanggan yang membeli produk Intel terpilih termasuk Predator Triton Neo 16 baharu ini sebelum 21 Jun 2024 dan menyertai cabutan bertuah akan berpeluang memenangi sepasang tiket dan lawatan ke VCT Pacific Musim Akhir di Korea Selatan bernilai sehingga RM10,000.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Predator Malaysia @ PredatorGamingMy.

Beli barisan produk Acer dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll9mpd
  • Lazada – https://invol.co/cll9mpk

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Apple Akhirnya Bawakan Mod Permainan Ke iPhone Dengan iOS 18

Sumber: Siaran media Acer Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY