Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing_PressRelease_16x9 (1)

Prapesan Nothing Ear (3a) Kini Dibuka, Harga RM399

Diterbitkan September 9, 2026 · Dikemas kini September 9, 2026 oleh Amalina Athman

Nothing turut memperkenalkan Ear (3a) untuk pasaran Malaysia, dengan jualan rasmi bermula 20 September 2026 pada harga RM399.

Ear (3a) mengekalkan reka bentuk lutsinar yang menjadi identiti Nothing, manakala bekas pengecasnya dilengkapi 3-LED matrix Status Light. Sistem ini menggunakan corak cahaya berbeza untuk memberikan maklum balas visual kepada pengguna.

Prapesan Nothing Ear (3a) Kini Dibuka, Harga RM399

Ear (3a) turut memperkenalkan ciri Audio Capture. Ia merangkumi Audio Snapshot yang membolehkan pengguna menyimpan maklumat berguna daripada media yang sedang dimainkan, serta Call Recording untuk menyimpan butiran penting daripada perbualan.

Untuk pengalaman audio, fon telinga ini menggunakan pemacu dinamik 12mm yang menawarkan bass lebih mendalam dan bunyi seimbang. Ia turut dilengkapi Active Noise Cancellation (ANC) 45 dB serta memperkenalkan Static Spatial Audio dan Advanced EQ 8-band pada siri TWS Ear (a) melalui aplikasi Nothing X.

Prapesan Nothing Ear (3a) Kini Dibuka, Harga RM399

Dari segi ketahanan bateri, Ear (3a) menawarkan sehingga 42 jam masa main balik bersama bekas pengecas. Pengecasan pantas selama lima minit pula boleh memberikan sehingga satu jam masa main balik.

Ketersediaan

Ear (3a) ditawarkan dalam empat pilihan warna, iaitu Pink, White, Yellow dan Black, pada harga RM399 di Malaysia.

Prapesan Nothing Ear (3a) Kini Dibuka, Harga RM399

Prapesan dalam talian dibuka mulai 8 September 2026 melalui laman rasmi Nothing, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Sama seperti Nothing Phone (4b), jualan rasmi akan bermula pada 20 September 2026, dengan Ear (3a) tersedia melalui pengedar Nothing yang sah di seluruh negara, termasuk Nothing Image Store, TMT dan Urban Republic, selain saluran dalam talian yang sama.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Nothing OS 5.0 Diumumkan Dengan Android 17 - Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Ditawarkan
  • Nothing Phone (4b) Dijual Di Malaysia Mulai 20 September, Harga RM1,599

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY