Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Phone 4b Malaysia

Nothing Phone (4b) Dijual Di Malaysia Mulai 20 September, Harga RM1,599

Diterbitkan September 9, 2026 · Dikemas kini September 9, 2026 oleh Amalina Athman

Nothing mengesahkan Phone (4b) akan memasuki pasaran Malaysia dengan jualan rasmi bermula 20 September 2026.

Secara ringkas, Phone (4b) menggunakan Snapdragon 6 Gen 4 dan hadir dengan reka bentuk unibody serta Glyph Bar. Peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti 5,200mAh yang menyokong pengecasan berwayar 33W.

Nothing Phone (4b) Dijual Di Malaysia Mulai 20 September, Harga RM1,599

Untuk kamera, Phone (4b) mempunyai sistem kamera 50 MP dengan sokongan OIS dan EIS bagi membantu kestabilan, serta rakaman video sehingga 4K.

Nothing Phone (4b) Dijual Di Malaysia Mulai 20 September, Harga RM1,599

Ia didatangkan dengan Nothing OS 4.1 berasaskan Android 16, bersama integrasi Google Gemini dan ChatGPT. Nothing turut menjanjikan tiga kemas kini versi utama Android serta enam tahun kemas kini keselamatan.

Harga dan ketersediaan

Nothing Phone (4b) ditawarkan pada harga RM1,599. Bagi tempoh promosi dari 8 September hingga 20 Oktober 2026, pelanggan boleh membelinya pada harga RM1,499, serta menerima barangan Nothing edisi terhad secara percuma, iaitu Nothing Foldable Backpack dan Nothing Phone Wrist Strap, sementara stok masih ada.

Nothing Phone 4b Malaysia_2

Prapesan dalam talian kini dibuka mulai 8 September 2026 melalui laman rasmi Nothing, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Bermula 20 September, Phone (4b) akan turut dijual melalui pengedar Nothing yang sah di seluruh negara, termasuk Nothing Image Store, TMT dan Urban Republic, selain saluran dalam talian yang sama.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Nothing Phone (4b) Rasmi Dilancarkan – Snapdragon 6 Gen 4, Bateri 5,200mAh & IP64
  • Bateri Nothing Phone (4b) Mampu Bertahan Sehingga 63 Jam Dan 1,400 Kali Cas
  • Nothing OS 5.0 Diumumkan Dengan Android 17 - Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Ditawarkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY