Xperia 10 II hadir dengan paparan skrin OLED berukuran 6 inci dengan nisbah 21:9 serta sokongan resolusi FHD+. Bahagian hadapan dimuatkan dengan kamera 8MP. Terdapat tiga kamera di bahagian belakang termasuk 12MP utama, 8MP telefoto, dan 8MP ultra lebar.
Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 665 dengan memori RAM 4GB dan storan 128GB. Untuk penambahan storan, peranti ini menyokong kad MikroSD sehingga 1TB serta pengiktirafan IP68.
Selain itu, Xperia 10 II ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu Black, Blue, Mint dan White. Sehingga 5 Julai 2020, peranti ini dibuka untuk tempahan pada harga RM1,799 melalui Sony Store Malaysia. Setiap pra tempahan juga akan menerima barangan percuma termasuk WI-C400 Wireless In-Ear Headphones, sarung dan pelindung skrin.
Berkaitan
- Lebih 1,000 Kandungan Provokatif Di TikTok Disekat Secara Automatik Selepas PRU15 - Fahmi Fadzil
- Prototaip iPhone Boleh Lipat Didakwa Muncul Dengan Paparan Panel Berasingan
- PerantiSiswa Akan Diedarkan Bermula 3 September, Ini Antara Yang Bakal Diterima
- Anda Kini Boleh Dapatkan iPhone 12 Dengan Bayaran Ansuran Tanpa Kad Kredit
- LinkedIn Perkenal Pelbagai Ciri Baharu - Integrasi Panggilan Video, Fungsi 'Stories'
- Ini Mungkin Rekaan Dan Harga Google Pixel Fold
- Netflix Mengurangkan Kualiti Penstriman Video Di Malaysia
- 8 Aplikasi Dari China Bakal Disekat Di A.S, Termasuk Alipay Dan SHAREit
- Jangan Terpedaya Iklan 'Lesen Terbang' Di Media Sosial - JPJ
- Telefon Boleh Gulung, LG Rollable Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini