Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pra-Tempah OPPO Find X Bermula Hari Ini

Pra-Tempah OPPO Find X Bermula Hari Ini

Diterbitkan Julai 15, 2018 · Dikemas kini Julai 15, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sepertimana yang dijadualkan, OPPO Find X bakal dilancarkan secara rasmi untuk peminat tempatan pada 17 Julai ini. Namun begitu, bagi anda yang tidak sabar-sabar untuk memiliki peranti berkenaan boleh membelinya secara pra-tempah pada laman Lazada.

Pra-tempah berkenaan bermula hari ini, 15 Julai 2018 dan berlanjutan sehingga ke hari perasmiannya pada 17 Julai 2018.

Pra-Tempah OPPO Find X Bermula Hari Ini

Harga jualan peranti untuk pasaran tempatan akan diumumkan pada hari pelancaran dan untuk pembelian pra-tempah, anda perlu membayar RM100 sebagai bayaran pendahuluan.

Bagi segmen flagship tahun ini, OPPO mempertaruhkan satu konsep baru pada tetapan kamera mereka dimana ia boleh disembunyikan. Keluar masuk dwi kamera 16 MP+ 20 MP serta kamera swafoto 25MP adalah secara mekanikal, membolehkan peranti mempunyai skrin paparan yang lebih luas tanpa bezel.

Pra-Tempah OPPO Find X Bermula Hari Ini

Berminat untuk menjadi yang terawal memiliki OPPO Find X? Boleh pergi ke gedung dalam talian rasmi OPPO. Untuk bacaan lanjut mengenai spesifikasi boleh klik sini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY