Rekaan Skrin Paparan
Selain Oppo Find X dan juga Vivo Nex, hampir kesemua pengeluar telefon bimbit China menyertakan rekaan takuk untuk skrin paparan dengan alasan untuk memberikan pengguna lebih ruang skrin. Find X menyertakan nisbah skrin paparan OLED sehingga 93.8% dan Oppo berjaya mencapai nisbah ini dengan meletakkan kesemua sensor di bahagian mekanikal peranti yang boleh bergerak.
Menurut Oppo, bahagian mekanikal ini boleh bertahan sehingga 5 tahun penggunaan biasa. Kesemua sensor diletakkan di bahagian depan dan belakang bagi membolehkan rupa keseluruhan produk lebih eksklusif dan nampak lebih sempurna.
Find X juga merupakan peranti Android kedua yang menggunakan sistem nyahkunci menggunakan wajah berasaskan model 3D. Sistem nyahkunci yang dipanggil O-Face itu memastikan pengguna boleh menggunakan sistem itu walaupun di dalam keadaan gelap, sama seperti peranti iPhone X. Dan seperti menjadi ikutan, Oppo juga kini memperkenalkan Omojis, emoji yang mengikut mimik pengguna mereka dan boleh digunakan sebagai bahan media.
Prestasi Kamera
Untuk bahagian kamera pula, Find X menampilkan tetapan dwi-kamera 16MP + 20MP dengan sokongan A.I. Seperti teknologi A.I yang lain, perubahan pencahayaan, kontras dan juga tona warna akan diubah secara automatik mengikut kesesuaian subjek. Subjek seperti makanan, pemandangan, manusia dan haiwan akan dibantu dengan fungsi A.I di dalam cip pemprosesan bagi menghasilkan gambar yang lebih menarik dan realistik. Untuk kamera swafoto, sensor 25MP disertakan Oppo dengan fungsi 3D AI Selfie dan juga AI Potrait Mode.
Spesifikasi Lain
Apa lah makna peranti flagship jika tidak menggunakan cip SoC terbaik yang boleh didapati di pasaran. Oppo Find X hadir dengan dipacu menggunakan cip Qualcomm yang terbaru, Snapdragon 845 yang memberikan lebih kuasa dan fungsi kepada Find X.
Dibantu dengan ruang memori RAM sebesar 8GB dan ruang storan ROM sebesar 256GB, Find X dijangka boleh memberikan pengalaman yang lancar kepada pengguna. Find X akan menggunakan Color OS dari Oppo yang berasaskan Android 8.1 Oreo.
Teknologi pengecasan pantas Oppo, Vooc Fast Charging turut disertakan dan akan membantu bateri berkapasiti 3,730 mAh Find X dicas dengan lebih cepat.
Berkaitan
- Ura-ura: Galaxy S8 dan S8 Plus Akan Hadir Di Dalam 4 Warna Berbeza
- Lebih 10 Juta Siri HONOR 9X Terjual Di Seluruh Dunia
- Ini Adalah Mengapa vivo X50 Pro Merupakan Peranti Terbaik Untuk Rakaman Video Malam
- Pengeluaran Vivo Apex Bermula Pertengahan 2018
- ROG Phone Munculkan Diri Di Computex 2018
- Samsung Secara Tidak Sengaja Mengesahkan Ciri Kamera Galaxy S9 Di Laman Sesawang Mereka
- Xiaomi Mi Mix 2 Dan Redmi Pro 2 Disahkan Akan Keluar: Butiran Terbaru Mengenai Peranti Tersebut
- Maklumat Tertiris Menunjukkan Yang Google Pixel 2 Akan Mengujakan Sama Seperti iPhone 8
- Bertukarlah Pada Honor 8X, 'Keunggulan' Luar Biasa Ini Pasti Buat Anda Tidak Menyesal
- Telefon Flagship Terbaru Oppo Telah Tertiris