Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Powerbeats Pro 2

Powerbeats Pro 2, Fon Telinga Berprestasi Tinggi Berharga RM1,049

Diterbitkan Februari 13, 2025 · Dikemas kini Februari 13, 2025 oleh ariff bukhari

Apple telah melancarkan fon telinga baharu berprestasi tinggi, Powerbeats Pro 2 untuk mereka yang mahu lakukan aktiviti riadah sambil nikmati audio berkualiti.

Apple menyatakan bahawa Powerbeats Pro 2 adalah produk audio termaju yang pernah mereka bangunkan dengan memperkenalkan beberapa ciri utamanya iaitu:

  • Ultimate Secure Fit
  • Sensor Pemantauan Kadar Degupan Jantung
  • Pembatalan Bunyi Aktif
  • EQ Adaptif
  • Hayat Bateri Sehingga 45 Jam
  • Bekas pengecas Pengecas Tanpa Wayar

Malah, untuk mencari kesesuaian yang sempurna, Apple berkata mereka telah menjalankan lebih daripada 1,500 jam ujian ketat dengan melibatkan hampir 1,000 atlet.

Powerbeats Pro 2
Powerbeats Pro 2 tersedia dalam 4 pilihan warna Jet Black, Quick Sand, Hyper Purple dan Electric Orange.

Selain itu, Apple berjaya menjadikan Powerbeats Pro 2 20% lebih ringan untuk keselesaan.

Turut menyokong ciri pengecasan pantas yang Apple panggilnya sebagai Fast Fuel, pengecasan selama lima minit memberi anda sehingga 90 minit main balik audio dari fon telinga ini.

Powerbeats Pro 2 sudah pun tersedia di stor dalam talian Apple Malaysia yang dijual pada harga RM1,049.

Sebagai tambahan, anda juga boleh membeli servis perlindungan tambahan Apple Care+ untuk produk Beats yang berharga RM129.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Masih Guna Kabel Lightning Di Tahun 2025? Ini 5 Jenama Alternatif Untuk Anda
  • Aplikasi Apple TV Akhirnya Tiba Di Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga Sekitar RM40 Ribu
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
©2026 WISER.MY