Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pornografi Kanak-Kanak Penyebab Tumblr Dikeluarkan Daripada App Store

Pornografi Kanak-Kanak Penyebab Tumblr Dikeluarkan Daripada App Store

Diterbitkan November 21, 2018 oleh Haikel Areff

Pada minggu lepas, aplikasi Tumblr dilihat telah dibawa keluar daripada gedung Apple App Store. Pihak Tumblr selepas itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa pasukan sokongan mereka sedang cuba untuk menyelesaikan “beberapa isu” dengan aplikasi mudah alih iOS mereka.

Bagaimanapun, baru-baru ini mereka sudah pun mengesahkan bahawa penularan pornografi kanak-kanak menjadi punca Tumblr dikeluarkan daripada App Store. Kenyataan itu dibuat dan dilaporkan oleh Download.

Pornografi Kanak-Kanak Penyebab Tumblr Dikeluarkan Daripada App Store
Kredit: Piunikaweb

Tumblr mempunyai sistem penapisan untuk melindungi dan menghalang kiriman-kiriman yang menyalahi undang-undang seperti pornografi kanak-kanak. Namun, sistem tersebut nampaknya telah berjaya ditembusi oleh beberapa pihak kebelakangan ini.

Menurut sumber, Tumblr komited dalam memastikan penggunaan internet yang selamat bagi semua lapisan umur dan tidak akan bertoleransi dengan sebarang kandungan yang melibatkan pornografi dan penderaan kanak-kanak. Mereka juga mendakwa sudah bekerjasama dengan banyak pihak bagi memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.

Kedua-dua pihak, Apple dan Tumblr kini sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini sekaligus membolehkan Tumblr kembali disenaraikan pada gedung aplikasi iOS berkenaan dalam masa terdekat.

 

Sumber: Download.Cnet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY