Kacamata pintar ini dilengkapi dengan sistem imbasan wajah yang mampu menyemak identiti seseorang tanpa perlu melihat dokumen pengenalan individu tersebut. Tidak terhad dengan itu, ia turut berupaya mengenal pasti jika individu itu menggunakan pengenalan palsu.
Semakan identiti dibuat melalui sambungan terus ke pangkalan data pihak berkuasa dan dilaporkan ia sudah berjaya mengesan 7 orang pesalah, disyaki melakukan jenayah berkaitan penyeludupan manusia serta kes langgar lari.
Tidak dapat dipastikan bagaimana cara ia berfungsi tetapi difahamkan, kacamata pintar itu berkemampuan untuk membuat semakan dalam masa beberapa saat sahaja.
Sistem imbasan wajah di China dilihat bakal bertambah canggih dimana sebuah syarikat teknologi dilapor sedang dalam proses kerjasama dengan agensi kerajaan. Menerusi kerjasama yang terjalin, pangkalan data imbasan wajah mengandungi maklumat lebih dari 1.3 bilion penduduk tanah besar itu bakal dibangunkan.
Sumber: Gizmodo dan SCMP
Berkaitan
- Aplikasi CIMB Clicks Tampil Dengan Wajah Baru
- Apple Beli Syarikat Pengecaman Wajah Dari Israel
- Face ID iPhone X Boleh Dikelirukan Dengan Wajah Kembar Seiras
- Twitter Kini Berwajah Baru
- Fungsi Nyahkunci Skrin Menggunakan Wajah Akan Hadir Pada OnePlus 5
- MediaTek Mahu Bangunkan Sistem Imbasan Wajah Mirip Apple Tetapi Untuk Peranti Murah
- AirAsia Akan Perkenal Teknologi Imbasan Wajah Untuk Sistem Daftar Masuk
- Honor 7X Terima Ciri Nyahkunci Menggunakan Wajah Pada Kemaskini Akan Datang
- Teknologi Pengecaman Wajah Untuk Lembu Telah Diperkenalkan
- Fungsi Nyahkunci Skrin Menggunakan Wajah Bakal Hadir Ke Huawei Nova 2i