Pocophone F1 vs Xiaomi Mi 8 vs Honor Play, Nak Beli Mana Satu?

Setakat bulan September 2018 ni, kita dah lihat syarikat pengeluar telefon pintar mengeluarkan sejumlah model baru untuk pasaran.

Ia lebih meriah apabila model-model berspesifikasi tinggi mula ditawarkan dengan harga yang lebih murah berbanding sebelumnya. Kita ambil contoh Xiaomi Mi 8, Pocophone F1 dan juga Honor Play.



Satu flagship termurah, satu sub-jenama baru dan satu lagi peranti memfokuskan permainan mudah alih tetapi ketiga-tiganya berkongsi satu perkara iaitu menggunakan cip flagship iaitu Snapdragon 845 serta Kirin 970 dan dijual pada harga yang mengejutkan ramai.



 

Ada yang bertanyakan kepada kami peranti mana yang berbaloi dibeli dan untuk itu, kami membuat sedikit perbandingan dan perbezaan yang dibawa ketiga-tiga peranti ini.

Pocophone F1



  • Skrin IPS LCSD 6.18 inci (~82.2% nisbah skrin-ke-badan)

  • Panel belakang dari plastik polikarbonat

  • Ukuran 155.5 x 75.3 x 8.8 mm

  • Berat 180g

  • Ada bicu audio 3.5mm

  • Stereo speaker

  • Snapdragon 845

  • Pengimbas cap jari dan imbasan wajah


Xiaomi Mi 8



  • Skrin AMOLED 6.21 inci (~83.8%nisbah skrin-ke-badan)

  • Panel belakang Gorilla Glass 5, bingkai aluminium siri 7000

  • Ukuran 154.9 x 74.8 x 7.6 mm

  • Berat 175g

  • Tiada bicu audio 3.5mm

  • Snapdragon 845

  • Pengimbas cap jari dan imbasan wajah


Honor Play



 

  • Skrin IPS LCD 6.3inci (~83.0% nisbah skrin-ke-badan)

  • Panel belakang aluminiun dengan rekaan unibody

  • Ukuran 157.9 x 74.3 x 7.5 mm

  • Berat 176g

  • Ada bicu audio 3.5mm

  • Speaker tunggal

  • Kirin 970

  • Pengimbas cap jari dan imbasan wajah


Semestinya rekaan Mi 8 lebih menarik perhatian kerana binaan belakang diperbuat daripada kaca dan diliindungi Corning Gorilla Glass 5, menampakkan lagi unsur elegan. Honor Play pula menggayakan panel belakang aluminium unibody sementara Pocophone F1 pula dengan rekaan plastik polikarbonat.

Pada dalamannya pula, Pocophone menjalankan sistem MIUI for Poco dengan Poco Launcher yang memiliki apps drawer. Ia sesuatu yang baru bagi peminat Xiaomi disamping ikon-ikon MIUI yang ditawarkan senantiasa tampak kemas serta memudahkan akses menggunakan pintasan.

Bagi Mi 8 pula, beberapa hari lepas kemaskini naik taraf kepada MIUI 10 sudah pun ditawarkan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MIUI 10, boleh baca artikel ini.

Dari jenama yang berlainan sudah pasti isinya juga lain. Honor Play menggunakan EMUI 8.2 yang tidak menampakkan banyak perbezaan berbanding EMUI 8.1. Dibahagian ini, saya lebih menggemari antaramuka MIUI for Poco yang seakan-akan Android asli.



Bercakap mengenai prestasi telefon pintar, tak boleh dinafikan keupayaan kedua-dua cip, Snapdragon 845 dan Kirin 970 memang menjadi dambaan ramai pengguna. Kami memainkan PUBG Mobile pada ketiga-tiga peranti pada tetapan tertinggi. Secara jujur kesemua peranti mampu menjalankan permainan bergrafik tinggi dengan baik dan lancar. Walaubagaimanapun Honor Play terasa lebih panas berbanding Mi 8 dan Pocophone F1.

Seperkara lagi tentang Pocophone F1 adalah ia mempunyai sistem penyejukan yang dipanggil LiquidCool dan berdasarkan pengalaman menggunakannya, peranti tidak mudah panas walau "dibantai" dengan menonton video, bermain permainan grafik tinggi dan lain-lain.

Namun bagi penggemar Netflix, Pocophone F1 tidak menyokong penstriman HD yang mana resolusi yang diberikan adalah 540p. Baru-baru ini juga dikatakan Pocophone F1 mempunyai masalah screen bleeding, tetapi unit yang berada ditangan kami nampak tidak mempunyai masalah sedemikian. Sekiranya berlaku masalah itu, kami akan kemaskini artikel ini.

Mungkin sedikit panas berbanding dua peranti diatas, Honor Play boleh dikira berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai gaming phone. Dengan adanya ciri Turbo GPU, ia menambahkan lagi pengalaman bermain PUBG dan Mobile Legends. Terdengar juga rungutan tentang grafik tersangkut-sangkut. Benar, tetapi tidaklah terlalu kerap sehingga mengganggu permainan.

Sesuai dengan status flagshipnya, Mi 8 memberikan prestasi yang baik kepada pengguna. Senang cakap, kalau ada duit lebih sikit bolehlah beli tapi tiada slot MikroSD dan bicu audio 3.5mm ya.

 

Ujian prestasi turut dilakukan melalui aplikasi Antutu Benchmark dan keputusan adalah seperti dibawah.

Kapsyen: Dari kiri: Pocophone F1, Mi 8 dan Honor Play


Ok kali ini kita ke bahagian kamera pula. Spesifikasi kamera adalah seperti berikut:

Pocophone F1

  • 12 MP, f/1.9, 1/2.55", 1.4µm, dual pixel PDAF
    5 MP, f/2.0, 1.12µm, depth sensor

  • Kamera selfie 20MP f/2.0


Mi 8

  • Kamera belakang 12+12MP f/1.8 4-paksi OIS+f/2.0,
    2x zoom optikal, PDAF Dwi-Pixel

  • Kamera selfie 20 Megapixel, f/2.0


Honor Play

  • Kamera hadapan 16 MP, f/2.2, PDAF
    2 MP, f/2.4, depth sensor

  • 16 MP, f/2.0, 1.0µm


Contoh gambar yang diambil ketiga-tiga peranti boleh dilihat dibawah. Kami tetapkan ciri HDR dan AI untuk sesi rakaman foto ini.































Jadi gambar dari telefon mana jadi pilihan anda?

Sekarang kita masuk bab bateri pula seperti dibawah:

Pocophone F1

  • 4000 mAh

  • Menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4.0

  • 0%-100% dalam masa 1jam 45 minit

  • Penggunaan biasa boleh cecah hingga dua hari


Mi 8

  • 3400 mAh

  • Menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4.0

  • 0%-100% dalam masa 1jam 30 minit

  • Penggunaan biasa boleh cecah 11-12 jam (kadang-kadang boleh sampai satu hari)


Honor Play

  • 3750 mAh

  • Huawei Quick Charge

  • 0%-100% dalam masa 1jam 30 minit

  • Penggunaan biasa boleh cecah hingga satu hari lebih


Masa mengecas dan habis kuasa bateri mungkin sedikit berlainan mengikut cara penggunaan anda tetapi data diatas boleh memberikan sedikit gambaran awal kepada anda.

Harga dan variasi penawaran untuk pasaran tempatan;

Pocophone F1 - RM 1299 (6GB/64GB) dan RM 1499 (6GB/128GB)

Xiaomi Mi 8 - RM 1599 (6GB/64GB) dan RM 1899 (6GB/128GB)

Honor Play - RM 1249 (4GB/64GB) dan Player Edition RM 1299 (4GB/64GB)

Gaji sudah masuk dan bercadang nak beli telefon pintar baru, yang mana satu pilihan kalbu?

Jika anda sudah memiliki salah satu peranti diatas, mungkin boleh berkongsi satu dua pendapat diruangan komen untuk meracun rakan-rakan yang lain.

Ulasan bertulis - Pocophone F1 | Xiaomi Mi 8Honor Play

 

Ulasan video - Pocophone F1 | Xiaomi Mi 8 | Honor Play