Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

Diterbitkan Ogos 29, 2018 · Dikemas kini September 2, 2018 oleh Helmi Samsuri

Nak dijadikan cerita, pasaran telefon pintar sekarang semakin kompetitif. Pengeluar sudah mula mengorak langkah memperkenalkan model menarik bersama-sama harga yang membuatkan pembeli tidak senang duduk.

Sekian lama menjadi bualan penggemar jenama Xiaomi, model dinanti-nanti ramai kini sudahpun mendarat secara rasmi dalam pasaran Malaysia. Minggu lepas kita sudah membincangkan tentang model “adik” Mi A2 dan “abangnya” Mi A1 (video, ulasan), kini memperkenalkan pula “abang ipar”, Mi 8.(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

Barang dinanti sudah menjelma, mari kita ikuti ulasan wiser.my bersama-sama. Ewahhh.

Rekaan Luaran

Skrin paparan bertakuk, dwi kamera menegak kebawah, sensor cap jari bulat ditengah. Sekali pandang tak ubah seperti Mi A2, cuma yang membezakannya adalah binaan panel belakang Mi 8 diperbuat daripada kaca berjenis Corning Gorilla Glass 5.(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

Permukaan sisinya melengkung, sedap dipegang tetapi sedikit licin. Tak perlu bimbang, sarung pelindung silikon disertakan sekali didalam kotak. Bingkai Mi 8 diperbuat daripada aluminium siri 7000.(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

Sisi kanan kelihatan butang pelaras kelantangan bunyi bersama-sama butang kuasa. Disebelah kiri pula diletakkan slot untuk dwi kad sim. Tiada slot untuk kad MikroSD.

Kita beralih kebahagian bawah. Pengguna fon telinga berwayar pasti hampa disebabkan tiadanya bicu audio 3.5mm. Port pengecasan menggunakan jenis USB C dan diapit oleh dua rekaan lubang dikiri dan kanannya. Jangan tertipu, Mi 8 tidak didatangkan dengan sokongan dwi stereo tetapi hanya speaker disebelah kanan manakala sebelah kirinya berfungsi sebagai mikrofon.(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

Bunyi yang dihasilkan ketika diruang tertutup seperti didalam bilik amat baik dengan bunyi jelas tetapi apabila dibawa keluar rumah, ia seakan-akan tidak cukup lantang.

Paparan pula menggunakan skrin AMOLED berukuran 6.21 inci dengan nisbah skrin-ke-badan sebesar 87%.

Walaupun membuang bicu audio, Xiaomi masih memahami poket penggunanya kerana mereka ada menyediakan penyesuai USB C-ke-bicu audio 3.5mm.(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

Kamera swafoto berada ditakuk ditemani sensor inframerah bagi sistem imbasan wajah beserta speaker. Selain dahinya bertakuk, dagu Mi 8 tidaklah setebal keluaran terdahulu, Mi 6.

Dibahagian belakang adalah kamera berkembar 12MP disokong dengan aperture f/1.8 dengan rekaan sedikit timbul tetapi tidaklah seteruk Mi A2.(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

Berkenaan rekaan, tiada lagi yang boleh diperkatakan. Mi 8 tampil kemas dan ringkas. Tidak lebih dan tidak kurang. Nampaknya Xiaomi memberi sedikit kelainan pada rekaan untuk siri Mi.

Antaramuka dan Paparan

Seperti biasa, sistem operasi yang dijalankan adalah MIUI tetapi masih di versi 9.5. Xiaomi telah menjanjikan kemaskini kepada MIUI 10 tidak lama lagi.

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

Pada tetapan asal, Mi 8 mempunyai paparan recent apps, butang Home dan Back dibahagian bawah. Bagi anda yang lebih menggemari navigasi menerusi sentuhan, ciri tersebut boleh diaktifkan.(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

Untuk pergi ke halaman Home, anda boleh lakukan sapuan laju dari bawah keatas. Gerakan yang sama dan berhenti sebentar akan mengeluarkan paparan recent apps.

Fungsi patah balik boleh diakses dengan suapan kekiri atau kanan. Ciri pintasan lain anda boleh pergi ke Settings>Additional Settings> Button and Gestures shortcuts.(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

Disamping itu, aplikasi dari Xiaomi juga berada dalam Mi 8 seperti Music, Galeri, pemain video, perekod suara dan skrin, pengimbas kod bar, pengurus fail dan beberapa lagi aplikasi berguna lain.

Dari segi paparan, mungkin ada yang terganggu dengan takuk dan ia boleh disembunyikan menerusi ciri Hide Screen Notch.

Paparan skrin dibawah terik mentari tidaklah begitu mengujakan walaupun masih jelas. Begitu juga dengan paparan video di YouTube, video kelihatan sedikit kusam.

Seperkara lagi yang kami perasan adalah tiada tetapan untuk melihat peratusan bateri di halaman Home. Berkemungkinan besar ia hadir pada kemaskini MIUI 10 akan datang.

Buat masa sekarang, anda boleh melihat peratusan bateri pada ruang notifikasi atau memuat turun tema yang lain.

Screen Shot 2018-08-29 at 10.43.57 AM

Spesifikasi Dalaman dan Prestasi

Seperti peranti flagship yang lain, Mi 8 dipacu oleh cip pemprosesan Snapdragon 845 yang berkelajuan 2.8GHz dan bergandingan dengan RAM 6GB.

Model yang diterima kami ini merupakan variasi RAM 6GB dan storan 64GB. Ia turut ditawarkan dengan ruang storan yang lebih besar iaitu 128GB. Sayang sekali storan 256GB tidak ditawarkan dipasaran tempatan.

Prestasi Mi 8 dalam ujian single core dan multicore boleh dibandingkan dengan barisan peranti flagship dibawah.

Ujian dibuat menggunakan aplikasi Geekbench 4.

Screen Shot 2018-08-28 at 4.03.42 PM
Sila zoom untuk paparan lebih jelas.

Penggunaan lasak tidak mengecewakan dan kami turut memainkan permainan mudah alih berat seperti Asphalt 9, PUBG, Mobile Legends dan beberapa yang lain. Kesemuanya berjalan dengan lancar dengan gangguan yang minimum sahaja.

Tetapi ketika bateri hampir habis kuasa, sedikit gangguan grafik mula kelihatan.

Keluaran Mi 8 ini turut menyokong dwi frekuensi GPS bermakna navigasi akan lebih tepat. Xiaomi menyatakan ia adalah telefon pintar pertama yang mempunyai ciri dwi GPS, dimana ia menggunakan isyarat L1 dan L5 pada koordinasi.

Selain mempunyai ciri imbasan cap jari, Mi 8 juga boleh dinyahkunci melalui imbasan wajah. Perlu diingat, imbasan wajah ini tidak sama seperti Mi 8 Explorer yang menyokong imbasan wajah 3D. Ciri ini berfungsi dengan baik, agak pantas dan mampu mengecam wajah walau keadaan gelap tetapi perlahan sedikit

Jika anda cuba membuat imbasan wajah dengan mata tertutup, telefon tidak akan dinyahkunci. Anda perlu sekurang-kurangnya membuka sebelah mata. Ini dapat memastikan pihak lain tidak dapat mengakses peranti anda ketika tidur.

Bukanlah ciri paling selamat, nyahkunci skrin menggunakan wajah ditemani oleh sensor imbasan cap jari dibahagian belakang. Ia senang dicapai jari dan sangat responsif.

Kamera

Mempertaruhkan dwi kamera utama dipanel belakang dengan lensa 12MP+12MP. Berdasarkan penilaian DxOMark, Mi 8 tergolong dalam 5 telefon pintar yang mendapat markah terbaik.

Screen Shot 2018-08-28 at 4.17.20 PM

Menggunakan konfigurasi kamera sokongan AI yang sama seperti Mi Mix 2S dimana satu lensa adalah wide dan satu lagi lensa adalah telefoto dengan kebolehan 2x zoom.

Lensa utama 12MP dengan 1.4µm piksel dan dwi piksel autofokus beserta aperture f/1.8. Sementara itu, lensa telefoto adalah 1.0µm dan anda boleh memilih salah satu lensa pada mod manual.

Mi 8 turut menyokong ciri 4-axis optical image stabilization (OIS).

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap
Kiri: Lensa Wide Kanan: lensa Telefoto

Bahagian hadapan adalah lebih baik dengan kamera selfie menggunapakai lensa 20MP. Selfie anda boleh menjadi lebih baik dengan mode Beauty. Anda boleh “mereka bentuk” semula anggota wajah seperti hidung, mata, bibir, dan dagu.(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

Kebolehan AI mampu mengenalpasti objek apabila kamera ditala kearahnya.

Sampel gambar boleh dilihat seperti dibawah:

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap

(Ulasan) Xiaomi Mi 8 – Tidak Perlu Belanja Lebih Untuk Dapat Telefon Pintar Sedap
Perbandingan 1x zoom dan 2x zoom

Keupayaan Bateri

Dipasang dengan bateri berkapasiti 3400mAh, ia mampu menjana penggunaan biasa sehingga 11-12 jam.

Untuk pengecasan, Mi 8 menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4.0 tetapi pengecas yang diberi adalah Quick Charge 3.0. Tempoh masa pengecasan adalah seperti berikut;

  • 10 minit = 20%
  • 30 minit = 50%
  • 60 minit = 88%

Dari 0% ke 100%, ia mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Apabila dibandingkan dengan peranti lain seperti OnePlus 6, Mi Mix 2S, kami merasakan Mi 8 memberi lebih kuasa penggunaan.

Keseluruhan

Setelah menggunakannya untuk jangka masa lebih kurang seminggu, secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan Mi 8.

Peranti dengan cip pemprosesan yang berkuasa pada tanda harga terendah ketika artikel ini ditulis, Mi 8 amat berbaloi dibeli kerana prestasinya setanding beberapa flagship lain seperti Mi Mix 2S dan juga OnePlus 6.

Menarik perhatian kami adalah keupayaan kamera yang mampu menghasilkan kualiti gambar yang terbaik. Sedikit kekurangan adalah ia tidak kalis air walaupun telah membuang bicu audio 3.5mm.

Rasanya tidak keterlaluan jika Mi 8 dinobatkan sebagai flaghship killer terbaru dipasaran. Pada tanda harga RM1599 untuk versi 64GB dan RM 1899 bagi versi 128GB, ia amat berbaloi untuk dibeli.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY