Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Giliran OPPO F11 Pula Dilancarkan, Hadir Dengan Harga RM1099

Giliran OPPO F11 Pula Dilancarkan, Hadir Dengan Harga RM1099

Diterbitkan April 16, 2019 · Dikemas kini April 16, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bulan Mac yang lepas kita telah melihat OPPO Malaysia memperkenalkan secara rasmi model OPPO F11 Pro dan kali ini, OPPO F11 pula bakal menjadi peneman untuk pasaran tanah air.

Giliran OPPO F11 Pula Dilancarkan, Hadir Dengan Harga RM1099

Pada acara pengenalan yang berlangsung sebentar tadi, OPPO F11 tampil dengan rekaan sedikit berlainan dari versi Pro dimana ia mempunyai takuk WaterDrop pada skrin paparan 6.5 inci.

Giliran OPPO F11 Pula Dilancarkan, Hadir Dengan Harga RM1099
Giliran OPPO F11 Pula Dilancarkan, Hadir Dengan Harga RM1099

Spesifikasi bahagian dalam pula memperlihatkan penggunaan cip sama seperti versi Pro iaitu MediaTek Helio P70 yang digandingkan bersama RAM 4GB serta storan dalaman sebesar 128GB.

Giliran OPPO F11 Pula Dilancarkan, Hadir Dengan Harga RM1099
Giliran OPPO F11 Pula Dilancarkan, Hadir Dengan Harga RM1099

Sistem kamera pula didatangkan dengan dwi kamera belakang 48MP+5MP beserta ciri rakaman mod Ultra Night  Dazzle Color serta ciri pengesanan AI. Takuk hadapan diisi dengan kamera swafoto 16MP.

Giliran OPPO F11 Pula Dilancarkan, Hadir Dengan Harga RM1099
Giliran OPPO F11 Pula Dilancarkan, Hadir Dengan Harga RM1099

OPPO F11 dijana melalui bateri 4000mAh yang disokong pengecasan pantas VOOC 3.0 dan dicas pada port MikroUSB. Ditawarkan dengan warna Fluorite Purple, OPPO F11 diletakkan pada nilai pasaran RM1099.

Bersempena dengan pelancaran peranti ini juga, Shopee turut mengadakan promosi bermula hari ini 16 April sehingga 19 April 2019.

Pembeli Shopee dengan belanja paling tinggi bakal menerima OPPO F11 secara percuma sementara pembeli kedua akan menerima O-Free earbud dan ketiga menerima powerbank.

Selain itu, pembeli juga berpeluang mendapatkannya pada harga yang lebih murah pada 19 April 2019 dimana harga promosi RM999 akan ditawarkan pada tarikh tersebut untuk pembelian di Shopee sahaja.

Giliran OPPO F11 Pula Dilancarkan, Hadir Dengan Harga RM1099
Promosi OPPO F11 di Shopee pada 19 April 2019.
Giliran OPPO F11 Pula Dilancarkan, Hadir Dengan Harga RM1099

Bagi yang berminat untuk mendapatkan OPPO F11 boleh kunjungi pengedar sah OPPO seluruh Malaysia atau beli secara dalam talian di Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY