Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (303)

POCO Secara Rasmi Memperlihatkan Rekaan POCO M3 Menjelang Pelancaran

Diterbitkan November 23, 2020 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, rekaan yang didakwa POCO M3 telah tertiris. Bagaimanapun, tiada pengesahan dari POCO ketika itu. Terbaru, POCO secara rasmi telah memperlihatkan rekaan POCO M3 menjelang pelancaran esok.

POCO M3

Seperti yang didedahkan oleh 91mobiles, modul kamera kelihatan hampir sama seperti yang dimuatkan pada OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Edition.

Dalam pada itu, POCO turut mendedahkan beberapa spesifikasi utama pada peranti ini. POCO M3 bakal dilengkapi skrin bersaiz 6.53 inci dengan paparan bertakuk yang memuatkan kamera swafoto.

POCO M3

Peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 662 serta mempunyai bateri berkapasiti 6000mAh. Dari segi kamera, ia akan dimuatkan dengan tetapan tiga kamera.

Terdapat dua pilihan warna yang bakal ditawarkan iaitu biru dan kelabu. Tidak dapat dipastikan jika warna kuning akan turut ditawarkan atau sebaliknya.

Walaupun pelbagai bayangan telah diberikan, namun harga POCO M3 sudah pasti hanya akan diketahui pada acara pelancaran yang akan berlangsung 24 November 2020, 8 malam.

Sumber: POCO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY