Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
poco f2 pro

Poco F2 Pro Rasmi Dilancarkan – ‘Flagship Killer’ Kini Kembali Semula?

Diterbitkan Mei 12, 2020 · Dikemas kini Mei 28, 2020 oleh Meor Hasyim

Pocophone F1 yang dilancarkan 2 tahun lalu berjaya membentuk satu komuniti dan budaya baru dalam peminat gajet. Ini adalah kerana peranti yang ditawarkan merupakan sebuah pakej peranti berspesifikasi tinggi dalam pada masa yang sama dijual dengan harga yang berpatutan.

Kini, jenama Poco telah memasuki episod kedua edisi ‘flagship killer’ dan mereka baru sahaja melancarkan model terbaharu mereka – Poco F2 Pro.

Poco F2 Pro: Everything you need to know | SoyaCincau.com

Pertama sekali tidak pasti mengapa ia diberikan nama ‘Pro’ sedangkan tiada versi Poco F2 biasa. Yang keduanya, peranti ini sebenarnya adalah sebuah Redmi K30 Pro yang telah dijenamakan semula.

Poco F2 Pro hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 sebagaimana peranti-peranti pesaing lain yang lebih mahal. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah ia mempunyai sistem penyejukan LiquidCool 2.0 dengan kebuk wasap yang besar.

Walaupun peranti tidak hadir dengan kadar segar semula yang tinggi (hanya 60Hz sahaja), ia dilihat disertakan dengan panel skrin yang baik. Saiz skrin berukuran 6.67 inci AMOLED dengan resolusi Full HD+. Tiada sebarang takuk yang disertakan kerana lensa swafoto diletakkan dalam bentuk pop-naik bermotor bersaiz 20MP.

Poco F2 Pro is official with S865, 6.67" AMOLED screen and 64MP ...

Panel peranti juga menyokong piawaian HDR10+, Widevine L1 untuk tontonan HD Netflix, TUV Rheinland, dan mempunyai maksimum 1200 nits kecerahan. Ia juga turut mempunyai input sentuhan setinggi 180Hz. Walaupun tidak setanding panel 90Hz atau 120Hz pesaing, pada kami ia masih merupakan panel yang cukup baik jika dilihat dari spesifikasinya.

Kamera belakang dimuatkan dengan 4 lensa – 64MP utama Sony IMX686, 13MP sudut lebar, 5MP telemakro, dan 2MP depth. Peranti juga turut hadir dengan rakaman 8K 30fps yang mana agak unik kerana setakat ini hanya Samsung sahaja yang menawarkannya pada Galaxy S20.

POCO Global - POCO Global Home

Dari segi memori, peranti hadir dengan pilihan 6GB/128GB dan 8GB/256GB. Tambahan, ia adalah berasaskan UFS 3.1, lebih pantas dari kebanyakan peranti pesaing yang hanya mempunyai UFS 3.0. Namun, sedikit sedih kerana Poco F2 Pro kali ini tidak menyertakan sokongan kad microSD.

Walaupun begitu, bicu audio 3.5mm masih ada bersama-sama sokongan Hi-Res Audio. Bahagian bateri dimuatkan dengan 4,700mAh dan pengecasan adalah selaju 30W.

Poco F2 Pro unveiled with S865 chipset, 6.67'' Super AMOLED screen and 64MP camera

Peranti hadir dalam 4 pilihan warna – Neon Blue, Phantom White, Electric Purple, dan Cyber Grey. Poco F2 Pro dijual di Eropah bermula 499 euro (~RM2,343) untuk model 6GB/128GB dan 599 euro (~RM2,815) untuk varian 8GB/256GB.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY