Dalam satu ciapan dari Twitter rasmi POCO India, syarikat tersebut telah mengumumkan akan melancarkan telefon pintar terbaru pada bulan hadapan.
[embed]https://twitter.com/indiapoco/status/1220578361451266048?s=21[/embed]
Selain itu, dalam satu temubual, syarikat tersebut mengesahkan Poco F2 akan hadir di pasaran namun ia bukan telefon pintar yang pertama akan dilancarkan pada tahun ini. POCO juga bercadang untuk melancarkan beberapa telefon pintar pada tahun ini.
[embed]https://twitter.com/indiapoco/status/1220704944061202438?s=21[/embed]
Dalam pada itu, berdasarkan ciapan terbaru dari Twitter rasmi POCO India, kemungkinan peranti yang akan dilancarkan pada bulan hadapan adalah POCO X2.
Pada minggu lepas, satu imej yang memperlihatkan ujian Geekbench dilakukan keatas sebuah peranti yang dinamakan sebagai POCO X2. Ia mempunyai sistem operasi Android 10, 8GB RAM dan pemproses 1.8GHz.
Menurut Pengurus Besar POCO India, C. Manmohan, syarikat itu akan memanfaatkan beberapa sumber dari Xiaomi seperti selepas jualan tetapi ia akan dilakukan dalam perjanjian berasingan. POCO telah menubuhkan pasukan produk, jualan dan pemasaran sendiri.
Industri telefon pintar pada tahun ini sangat berbeza dari 2018, ketika POCO dilancarkan sebagai sub-jenama Xiaomi. Sebagai entiti yang berasingan, syarikat tersebut boleh mengambil keputusan secara bebas. Terdapat persaingan, termasuk dari Xiaomi, tetapi fokus mereka adalah untuk menyampaikan inovasi dan pengalaman yang premium.
Sumber: Android Authority, Outlook India
Berkaitan
- Pelancaran Global POCO F5, F5 Pro Akan Diadakan Pada 9 Mei Ini
- POCO X3 NFC Akan Diperkenal Pada 7 September Ini
- POCO Akan Melancarkan Telefon Pintar Terbaru Pada 22 Mac Ini
- POCO Dijangka Melancarkan Dua Model Telefon Pintar Pada 22 Mac Ini
- Poco M2 Pro Akan Diperkenal Pada 7 Julai Ini
- POCO X3 NFC Rasmi Dilancarkan, Harga Bermula RM899
- POCO F3 Rasmi Dilancarkan, Ini Harga Untuk Pasaran Malaysia
- POCO M2 Dilancarkan - MediaTek Helio G80, Bateri 5000mAh Dan Kuad Kamera Belakang
- POCO Secara Rasmi Memperlihatkan Rekaan POCO M3 Menjelang Pelancaran
- POCO X6, X6 Pro Dan M6 Pro Kini Rasmi, Harga Bermula RM999