Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO F3_featured image

POCO F3 Rasmi Dilancarkan, Ini Harga Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan Mac 22, 2021 · Dikemas kini Mac 22, 2021 oleh Amalina Athman

Setelah sekian lama berteka-teki, POCO secara rasmi hari ini mengumumkan ahli baru iaitu POCO F3 untuk pasaran global, khususnya juga untuk pasaran tempatan. Dengan pelancaran ini juga, ia sekali gus mengesahkan POCO F3 adalah penjenaman semula dari Redmi K40 yang dilancarkan di China baru-baru ini.

POCO F3 Malaysia

Menyentuh spesifikasi, POCO F3 dilengkapi skrin berukuran 6.67-inci E4 AMOLED dengan resolusi FHD+ serta kadar segar semula 120Hz dan input sentuhan 360Hz.

POCO F3 Rasmi Dilancarkan, Ini Harga Untuk Pasaran Malaysia

Peranti ini turut mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass 5 di kedua-dua panel depan dan belakang, sokongan HDR10+, MEMC serta maksimum kecerahan sehingga 1,300 nits.

POCO F3_04copyy

POCO F3 dijana oleh cip pemproses Snapdragon 870 dengan proses 7nm yang menggunakan CPU Kryo 585 dengan kelajuan sehingga 3.2GHz serta GPU Adreno 650. Peranti ini hadir dengan pilihan memori sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB yang berasaskan LPDDR5 dan UFS 3.1.

f3 poco

Beralih ke bahagian kamera, ia memuatkan tiga lensa yang dibarisi 48MP utama, 8MP ultra-lebar dan 5MP telemakro. Kamera swafoto dengan sensor 20MP ditempatkan pada paparan berlubang DotDisplay.

POCO F3 Rasmi Dilancarkan, Ini Harga Untuk Pasaran Malaysia

Peranti ini didatangkan dengan kapasiti bateri 4,520mAh bersama pengecas 33W dengan pengisian melalui port USB-C. Dari segi audio, ia dilengkapi pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos serta tiga mikrofon.

blue f3

Untuk sambungan pula, ia menyokong rangkaian 5G, Bluetooth 5.1, Wi-Fi 6, NFC, IR Blaster dan sebagainya. Peranti ini menjalankan MIUI 12 berasaskan Android 11. Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Arctic White, Night Black dan Deep Ocean Blue.

Harga jualan

Berikut adalah harga jualan POCO F3 untuk pasaran Malaysia:

  • 6GB+128GB – RM1,399
  • 8GB+256GB – RM1,699

POCO F3 Malaysia

Pada 27 hingga 28 Mac 2021, POCO F3 boleh didapati di Lazada dengan harga istimewa iaitu RM1,299 untuk 6GB+128GB dan RM1,499 bagi varian 8GB+256GB.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY