Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO Dijangka Melancarkan Dua Model Telefon Pintar Pada 22 Mac Ini

POCO Dijangka Melancarkan Dua Model Telefon Pintar Pada 22 Mac Ini

Diterbitkan Mac 19, 2021 ยท Dikemas kini Mac 19, 2021 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, POCO telah mengumumkan telefon pintar terbaru akan dilancarkan secara global pada 22 Mac nanti. Bagaimanapun, sehingga kini POCO masih berteka-teki mengenai model peranti yang akan diumumkan pada tarikh tersebut.

Kini, terdapat spekulasi mengatakan POCO mungkin melancarkan dua model telefon pintar pada acara pelancaran itu nanti.

Beasts eh? #POCO #POCOF3 #POCOX3Pro https://t.co/KRNVN8d6mG

— Mukul Sharma (@stufflistings) March 18, 2021

Sebelum ini, ura-ura mengatakan POCO X3 Pro akan dilancarkan pada tarikh berkenaan. Dengan khabar terbaru, kemungkinan model kedua yang akan dilancarkan adalah POCO F3.

Untuk makluman, POCO X3 Pro dan POCO F3 telah pun menerima pengesahan SIRIM. Bagi POCO F3, peranti ini dijangka hadir untuk pasaran global sebagai penjenamaan semula daripada Redmi K40 yang dilancarkan di China baru-baru ini.

Sama ada benar POCO akan melancarkan dua model atau sebaliknya, nantikan acara pelancaran pada 22 Mac 2021, jam 8.00 malam.

Sumber: Mukul Sharma via GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY