POCO X3 NFC Rasmi Dilancarkan, Harga Bermula RM899

POCO hari ini secara rasmi telah melancarkan telefon gaming kelas pertengahan, POCO X3 NFC untuk pasaran global.

harga POCO X3 NFC Malaysia

POCO X3 NFC mempunyai skrin paparan berukuran 6.67 inci LCD dengan resolusi Full HD+ dan perlindungan Corning Gorilla Glass 5 serta nisbah 20:9. Peranti ini turut menyokong kadar segar semula 120Hz. Terdapat paparan berlubang DotDisplay yang dimuatkan dengan lensa swafoto 20MP.

Panel peranti juga menyokong piawaian HDR10, TUV Rheinland, Widevine L1 untuk tontonan HD Netflix, dan mempunyai maksimum 450 nits kecerahan.  Ia turut mempunyai input sentuhan setinggi 240Hz.

harga POCO X3 NFC Malaysia

Peranti ini dijana cip pemprosesan Snapdragon 732G serta sokongan sistem penyejukan LiquidCool Technology 1.0 Plus. Dari segi memori, POCO X3 NFC dilengkapi pilihan 6GB+64GB dan 6GB+128GB yang berasaskan UFS 2.1. Ia turut menyokong penambahan storan sehingga 256GB.



Kamera belakang dimuatkan dengan tetapan 4 lensa yang terdiri daripada 64MP utama dengan sensor Sony IMX682, 13MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP depth. Peranti ini juga hadir dengan rakaman video 4K 30fps serta mempunyai fungsi seperti AI Skyscaping 3.0, Night Mode, ShootSteady dan mod Vlog.

Selain itu, ia hadir dengan kapasiti bateri 5160mAh serta menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB Type-C. Bicu audio 3.5mm masih disertakan bersama dua pembesar suara stereo.



Peranti ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Shadow Grey dan Cobalt Blue. POCO X3 NFC dijual pada harga RM899 (6GB+64GB) dan RM1099 (6GB+128GB).

harga POCO X3 NFC

Bagaimanapun, pada 9 hingga 10 September 2020, anda boleh dapatkan peranti ini melalui Shopee dengan harga promosi iaitu RM799 (6GB+64GB) dan RM949 (6GB+128GB). Setiap pembelian POCO X3 NFC untuk varian 6GB+64GB akan menerima POCO mousepad dan BlackShark Fun Cooler. Sementara, pembelian varian 6GB+128GB akan menerima POCO digital pouch dan BlackShark Fun Cooler.