POCO X3 NFC Akan Diperkenal Pada 7 September Ini

Kewujudan POCO X3 NFC telah disahkan oleh Pengurus Pemasaran Produk POCO pada minggu lalu. Terbaru, POCO mengesahkan penstriman langsung acara pelancaran POCO X3 akan diadakan pada 7 September 2020.

https://twitter.com/POCOGlobal/status/1300448263510700039

Buat masa ini, spesifikasi penuh masih belum didedahkan. Namun, apa yang pasti ia akan hadir dengan tetapan kuad kamera belakang.

Terdapat juga spekulasi mengatakan peranti ini akan dimuatkan dengan paparan 6.67 inci, kadar segar semula 120Hz, bateri 5160mAh, pengecasan pantas 33W, kamera utama 64MP serta kamera hadapan 20MP.

Dalam pada itu, Qualcomm telah mengumumkan Snapdragon 732G dimana ia turut mendedahkan peranti POCO menjadi yang terawal akan dimuatkan dengan cip pemproses itu. Selari dengan pengumuman itu, dijangka peranti yang dimaksudkan adalah POCO X3 NFC.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi POCO dalam acara yang berlangsung pada 7 September, 20:00 GMT+8 melalui halaman Facebook, YouTube, dan Twitter rasmi POCO.

Sumber: POCO