Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spesifikasi POCO M2

POCO M2 Dilancarkan – MediaTek Helio G80, Bateri 5000mAh Dan Kuad Kamera Belakang

Diterbitkan September 8, 2020 · Dikemas kini September 8, 2020 oleh Amalina Athman

POCO baru sahaja melancarkan POCO X3 NFC untuk pasaran global dalam acara yang berlangsung semalam. Kini, POCO telah memperkenalkan POCO M2 untuk pasaran India. Ia merupakan versi asas kepada POCO M2 Pro yang dilancarkan pada Julai lalu.

POCO M2 hadir dengan skrin paparan 6.53 inci IPS LCD dan resolusi Full HD+. Terdapat takuk pada bahagian hadapan yang menempatkan sensor kamera 8MP. Ia dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio G80 serta digandingkan dengan varian memori 6GB/64GB dan 6GB/128GB. Terdapat slot kad micro-SD untuk penambahan storan sehingga 512GB.

POCO M2_3

Bergerak ke bahagian belakang, peranti ini dimuatkan dengan tetapan kuad kamera yang terdiri daripada 13MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP makro dan 2MP depth.

POCO M2_2

Peranti ini dilengkapi kapasiti bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 18W. Ia turut hadir dengan bicu audio 3.5mm dan port USB Type-C.

POCO M2_4

POCO M2 ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Pitch Black, Slate Blue dan Brick Red. Untuk pasaran India, ia diletakkan pada harga Rs 10,999 (~RM621) untuk 6GB/64GB, manakala varian 6GB/128GB berharga Rs. 12,499 (~RM706).

Sumber: Flipkart

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY