Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Plaza Tol

PLUS Akan Hentikan Khidmat Tambah Nilai Pada Lorong Keluar Plaza Tol Seluruh Negara

Diterbitkan Oktober 12, 2019 oleh Helmi Samsuri

Tidak dinafikan kemudahan tambah nilai Touch ‘n Go yang disediakan sekian lama pada plaza tol, membantu pengguna lebuhraya yang kekurangan baki. Walaupun memudahkan pengguna, ia dalam masa yang sama memberi kesan kepada kelancaran lalu lintas.

Bagi menyelesaikan perkara tersebut, PLUS Malaysia sudah menjalankan langkah menghentikan lorong tambah nilai sejak 1 Ogos 2019 yang lalu di wilayah Tengah (laluan Seremban sehingga Ipoh Selatan) dan melalui polisi tersebut, syarikat pengendali lebuhraya itu menyatakan kesesakan dapat dikurangkan sehingga 48.2% iaitu daripada 42,500 kenderaan kepada 22,000 kenderaan berdasarkan statistik yang direkodkan oleh PLUS.

PLUS Akan Hentikan Khidmat Tambah Nilai Pada Lorong Keluar Plaza Tol Seluruh Negara

Melihat kepada hasil itu, langkah penghentian lorong tambah nilai terbabit akan diluaskan lagi pelaksanannya ke wilayah Utara dan Selatan tidak lama lagi.

Selain daripada kesesakan, penghentian perkhidmatan lorong tambah nilai juga adalah untuk memastikan keselamatan kakitangan perkhidmatan pelanggan  PLUS ekoran daripada beberapa kes kenderaan berat melanggar pondok tol.

PLUS turut menasihatkan pengguna lebuhraya supaya merancang perjalanan dan memastikan kad Touch ‘n Go sentiasa mempunyai baki yang cukup sebelum memasuki lebuhraya.

Sumber: PLUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY