Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Platform 360°Car Diiktiraf Sebagai “Album Dalam Talian Terbesar Bagi Imej Kereta 360°”

Platform 360°Car Diiktiraf Sebagai “Album Dalam Talian Terbesar Bagi Imej Kereta 360°”

Diterbitkan November 4, 2025 oleh ariff bukhari

AGENCIA Inc., sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Nagoya, Jepun, telah mencipta sejarah apabila platform SaaS mereka, 360°Car®, secara rasmi diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai “Album dalam talian terbesar bagi imej kereta 360°”.

Platform itu yang kini memiliki sebanyak 7,096,049 imej kenderaan 360°, membolehkan pengguna menangkap imej kenderaan secara 360° menerusi aplikasi mudah alih, kemudian memuat naik ke awan untuk menjana profil digital dalam masa singkat.

Platform 360°Car Diiktiraf Sebagai “Album Dalam Talian Terbesar Bagi Imej Kereta 360°”
Teknologi ini menggabungkan AI dan fotografi 360° untuk mempercepatkan proses dokumentasi kenderaan secara digital.
Platform 360°Car Diiktiraf Sebagai “Album Dalam Talian Terbesar Bagi Imej Kereta 360°”

Lebih 4,000 syarikat automotif termasuk jenama popular  seperti Honda dan Nissan telah menggunakan platform ini, dan ia telah memproses lebih daripada 23.69 juta kenderaan sehingga kini.

Menurut AGENCIA, pelanggan yang menggunakan 360°Car® mencatatkan peningkatan jualan sehingga 2.5× dan pertanyaan pelanggan bertambah 1.8× berbanding sebelumnya.

CEOnya, Jean Pierre menyifatkan pencapaian ini sebagai permulaan kepada era baharu transformasi automotif global.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Selepas Pengecas, Kabel Pula Kini Tidak Disertakan Dalam Kotak
  • KL Diiktiraf Antara 408 Bandar Paling Kreatif Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY