Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas Pengecas, Kabel Pula Kini Tidak Disertakan Dalam Kotak

Selepas Pengecas, Kabel Pula Kini Tidak Disertakan Dalam Kotak

Diterbitkan Oktober 30, 2025 · Dikemas kini Oktober 30, 2025 oleh ariff bukhari

Apple memulakan trend menjual telefon pintar tanpa pengecas bermula dari model iPhone 12 pada tahun 2020.

Tindakan itu telah menyebabkan ia dikritik hebat terutamanya peminat tegar dari kalangan pesaing, khususnya pengguna Android.

Walaupun dikritik hebat atas tindakan itu, Apple tetap dengan keputusan mereka di mana sehingga kini, semua model iPhone baharu tidak lagi didatangkan dengan pengecas di dalam kotak.

Ironinya, langkah Apple membuang pengecas dari kotak turut diiukuti beberapa jenama utama pengeluar Android seperti Samsung dan Google.

Selepas Pengecas, Kabel Pula Kini Tidak Disertakan Dalam Kotak
Jenama Nothing juga tidak menyediakan pengecas di dalam kotak.

Alasan yang diberikan pula dengan mengambil kenyataan Samsung adalah untuk mengurangkan e-waste dan menyokong amalan lestari.

Jadi, hanya kabel USB-C sahaja disertakan dengan pengguna sedia ada digalakkan untuk guna semula aksesori lama mereka.

Bagi mereka pengguna yang baharu memiliki telefon pintar pertama mereka pula, terpaksalah beli pengecas untuk peranti mereka secara berasingan.

Selepas Pengecas, Kabel Pula Kini Tidak Disertakan Dalam Kotak
Dulu….

Kabel pula tiada dalam kotak

Tapi tahukah anda bahawa sedikit masa lagi, kemungkinan besar kabel pengecas juga tidak lagi disertakan dalam kotak peranti.

Malah langkah ini sudah pun dimulakan oleh Sony menerusi model telefon pintar mereka, Sony Xperia sejak 2023 lagi.

“Apabila anda membuka kotak telefon Xperia baharu anda, anda mungkin akan terkejut mendapati beberapa item yang dijangkakan tidak termasuk. Memang, telefon Xperia baharu tidak termasuk pengecas atau kabel.” Sony.

Menjelaskan perkara itu, Sony menyatakan tindakan mereka adalah demi alam sekitar.

Langkah ini adalah bagi mengurangkan saiz pembungkusan, menjimatkan bahan, dan menurunkan pelepasan karbon sehingga 36%.

Jadi, Sony mengesyorkan pengguna menggguna semula aksesori lama mereka kerana USB-C sudah menjadi standard global.

Selepas Pengecas, Kabel Pula Kini Tidak Disertakan Dalam Kotak
Ketiadaan pengecas dalam kotak menjadikan pembungksan lebih kecil. Jadi, penggunaan ruang lebih efisien. Produk boleh dihantar lebih banyak di dalam ruang kargo pesawat.
Selepas Pengecas, Kabel Pula Kini Tidak Disertakan Dalam Kotak
Kredit: Apple

Kesimpulan

Walaupun kebanyakkan jenama telefon pintar khususnya dari China masih menawarkan kabel dan pengecas di dalam kotak, tapi semakin banyak pengeluar telefon pintar dilihat mula mengambil langkah berani dengan tidak lagi menyertakan aksesori ini bersama.

Keputusan ini walaupun dilihat sukar untuk diterima pengguna, tapi ia merupakan komitmen jangka panjang terhadap kelestarian alam sekitar, bukan sekadar penjimatan kos semata-mata.

Tambahan pula, kebanyakan peranti kini menggunakan kabel USB-C yang seragam, menjadikan pengecas lama masih relevan.

Sekali gus dapat mengurangkan pembaziran elektronik dan menggalakkan penggunaan semula aksesori sedia ada.

Namun, pada masa yang sama, dalam memilih dan mencari kabel atau pengecas untuk peranti, pengguna diingatkan agar menggunakan aksesori asli yang diperakui untuk keselamatan.

Biar mahal sikit tapi diperakui selamat.

Berkaitan

  • 5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular - Bah.1
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • 15 Satelit Yang Telah Dilancarkan Malaysia Ke Orbit Bumi Sejak 1996 - Bah. 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY