Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-10-21 at 12.32.53 PM

PKNS Perkenal VTR, Mudahkan Bakal Pembeli Lihat Rumah

Diterbitkan Oktober 21, 2018 ยท Dikemas kini Oktober 21, 2018 oleh Helmi Samsuri

SHAH ALAM, 20 Okt (Bernama) — Bakal pembeli hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kini boleh melihat keseluruhan hartanah yang diminati mereka tanpa perlu berada di tapak projek dengan pengenalan teknologi Virtual Tour Reality (VTR).

Ketua Pegawai Operasi PKNS, Norita Sidek berkata menerusi VTR itu, pelanggan mendapat akses secara menyeluruh dengan gambaran visual di segenap ruang yang memberi pengalaman berada di dalam rumah berkenaan secara maya.

“Secara tidak langsung ia dapat menarik minat dan seterusnya pelanggan dapat membuat keputusan untuk membeli produk hartanah PKNS tanpa perlu ke tapak projek.

“Pembeli hanya perlu melawat laman web PKNS Property untuk menggunakan kemudahan VTR bagi melihat hartanah yang mereka minat untuk beli,” katanya kepada pemberita di Hari Bersama Pelanggan PKNS yang dianjurkan di Kompleks PKNS, di sini, hari ini.

Turut dilancarkan pada hari ini ialah PKNS Loyalty Card sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang telah membeli produk hartanah PKNS.

Norita berkata kad berkenaan akan diberikan kepada pelanggan PKNS yang membeli hartanah bermula dari 2010 dimana setiap pembelian seunit hartanah melayakkan pembeli menerima satu unit kad berkenaan.

“Kelebihan yang dimiliki pemilik kad ini ialah mereka akan menerima pelbagai keistimewaan dan diskaun menarik untuk perkhidmatan di anak syarikat PKNS antaranya seperti Pusat Konvensyen Shah Alam, rangkaian Hotel De Palma dan Kelab Golf Seri Selangor.

— BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY