Pixel 2 Dan Pixel 2XL Telah Dilancarkan Secara Rasmi

4 Oktober menandakan genap setahun Google memperkenalkan jenama Pixel ke dalam pasaran dan terkini, pada tarikh yang sama (tarikh di Amerika Syarikat) mereka membawakan pula model terbaru, Pixel 2 dan Pixel 2 XL.

Hadir sebagai telefon pintar flagship, Pixel 2 dan Pixel 2 XL kelihatan sama dari segi reka bentuk luaran tetapi berbeza saiz skrin paparan.

Berikut adalah persamaan antara Pixel 2 dan Pixel 2 XL

  • Snapdragon 835

  • RAM 4GB

  • Storan 64GB dan 128GB

  • Kamera utama 12.2MP, Autofokus dengan laser, lensa bukaan f/1.8

  • Kamera selfie 8MP denga lensa bukaan f/2.4

  • Rakaman 1080p pada kadar 30fps, 60fps, 120fps bagi kamera utama

  • Port USB-C, tiada pengecasan tanpa wayar

  • Tiada bicu audio tetapi disediakan dengan dongle


Perbezaan spesifikasi mengikut model

Pixel 2

  • Bateri 2700 mAh

  • Skrin paparan 5 inci, 1920 x 1080 AMOLED

  • Berukuran 5.7 x 2.7 x 0.3 inci

  • Seberat 143 gram

  • $649


Pixel 2 XL

  • Bateri 3520mAh

  • Skrin paparan 6 inci, 2880 x 1440QHD OLED, dengan nisbah 18:9 sama seperti Samsung, Apple dan LG

  • Berukuran 6.2 x 3.0 x 0.3 inci

  • Seberat 175 gram

  • $849